Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

NGO Aman Palestin nafi jongkong emas dirampas SPRM terkait isu seleweng

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

NGO Aman Palestin nafi jongkong emas dirampas SPRM terkait isu seleweng

Nov 28, 2023 | 01:30 PM



KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Malaysia yang bertujuan membantu Palestin, Aman Palestin Berhad, menafikan jongkong emas yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kaitan dengan penyelewengan.


Aman Palestin, yang merupakan sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan tidak berteraskan keuntungan, sedang berdepan siasatan salah guna derma awam.

Peguamnya, Encik Muhammad Rafique Rashid Ali, mendakwa jongkong emas itu adalah satu bentuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa yang diberikan kepada ahli lembaga pengarahnya.

Kuasa Aman Palestin untuk melabur adalah dalam pelbagai mekanisme, ujar beliau.

“Ia tidak salah. Lagipun, emas itu bernilai dan berharga serta mudah ditukarkan kepada tunai sebelum derma dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan.

“Tuduhan itu palsu dan berniat jahat. Terdapat 16 artikel yang membenarkan Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin melabur dalam pelbagai mekanisme,” kata beliau, lapor The Star pada Selasa.


Aman Palestin turut mendakwa ia sentiasa melakukan pengauditan dan dokumennya boleh dilihat dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Encik Muhammad Rafique turut menyentuh mengenai kandungan dalam kenyataan media SPRM bertarikh 23 November 2023, yang didakwanya adalah satu komplot terancang dan propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin serta ahli lembaga pengarahnya.

“Aman Palestin dan ahli-Ahli lembaga pengarahnya kini disiasat oleh SPRM. Kali pertama SPRM hadir ke premis berdaftar Aman Palestin ialah pada 17 Oktober dan tiada serbuan atau tangkapan dibuat ketika itu,” katanya.

Beliau mendakwa penggeledahan dan pembekuan akaun hanya berlaku sehari selepas kenyataan SPRM dikeluarkan pada 23 November.

“Kerjasama baik diberikan Aman Palestin mulai tarikh 17 Oktober hingga sekarang. Semua dokumen yang diminta juga diserahkan salinan masing-masing.

“Hingga kini, Aman Palestin telah mengeluarkan kos membuat salinan dokumen-dokumen berkenaan sebanyak hampir RM12,000 ($3,426),” tambah Encik Muhammad Rafique.

SPRM dilapor membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat berkaitan dengan jumlah keseluruhan lebih RM15.8 juta pada 22 November bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana awam.

Dalam pada itu, Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya.

Encik Muhammad Rafique berkata sekiranya agensi penguat kuasa itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

“Aman Palestin telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, untuk perintah pembekuan ini dibatalkan dan atau diubah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >