Kerepek di Larkin buruan warga S’pura jelang Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerepek di Larkin buruan warga S’pura jelang Raya

Kedai 22 tahun operasi rekod jualan puluhan tan sepanjang Ramadan
Mar 3, 2026 | 2:42 PM

Kerepek di Larkin buruan warga S’pura jelang Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemilik Kerepek Kasawari, Encik Fato Lizan Abdul Rahman, telah menyediakan kira-kira 10 tan stok kerepek bagi Ramadan kali ini.
Pemilik Kerepek Kasawari, Encik Fato Lizan Abdul Rahman, telah menyediakan kira-kira 10 tan stok kerepek bagi Ramadan kali ini. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

Kedai makanan ringan dan kuih raya di Larkin, Johor Bahru, kembali menjadi tumpuan warga Singapura setiap kali Ramadan apabila pelanggan Singapura sanggup berbelanja ratusan ringgit demi mendapatkan juadah Aidilfitri pada harga lebih menjimatkan.

Pemilik Kerepek Kasawari, Encik Fato Lizan Abdul Rahman, 52 tahun, berkata perniagaannya yang beroperasi sejak 2003 mencatatkan jualan kira-kira 20 tan kerepek sepanjang Ramadan 2025.

Menurutnya, bagi Ramadan 2026 pula beliau menyediakan kira-kira 10 tan stok dan lebih lima tan sudah habis dijual walaupun bulan puasa masih di peringkat awal.

“Kita ada kira-kira 70 jenis kerepek dan 120 jenis kuih raya. Harga kerepek pisang bermula RM10 hingga RM25, manakala kuih raya boleh mencecah RM30 sebalang,” katanya ketika ditemui Berita Harian (BH) di premisnya di Larkin.

Beliau berkata kedainya beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari sepanjang Ramadan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Encik Fato Lizan berkata produk yang dijual tidak dihasilkan sendiri sebaliknya dibungkus semula sebelum dijual, dengan bekalan diperoleh daripada pelbagai kawasan termasuk Rengit, Layang-Layang, Kluang, Batu Pahat dan Melaka.

“Kita ambil stok pada saat akhir supaya dapat barang baru. Kalau ambil awal, bimbang stok lama. Di sini kita beri jaminan pulangan wang; jika kerepek lemau atau rosak, pelanggan boleh pulangkan semula dan kita ganti atau pulangkan duit,” katanya.

Beliau yang pernah berniaga di bazar Ramadan sebelum membuka kedai tetap berkata kenaikan sewa dan persaingan peniaga sementara menjadi faktor utama beliau berpindah ke premis kekal sekitar 2005.

Tambahnya, pelanggan tetap kini semakin ramai selepas lebih dua dekad beroperasi dan sebahagian besar datang lebih awal sebelum Aidilfitri, khususnya warga Singapura.

“Pelanggan di sini kira-kira 50 peratus tempatan dan 50 peratus luar. Awal Ramadan memang ramai dari Singapura. Pelanggan tempatan pula biasanya beli pada minggu akhir puasa,” katanya.

Menurutnya, pelanggan Singapura lebih gemar membeli kerepek tradisional seperti ubi pedas, ubi sambal, ubi kari, ubi lada hitam dan ubi keju.

Beliau berkata ada pelanggan dari Singapura membelanjakan sehingga RM700 ($227) sekali kunjungan, manakala pembelian biasa antara RM300 hingga RM400 merangkumi kerepek dan biskut.

Encik Fato Lizan memaklumkan kerepek ubi masin (kiri) dan kerepek balado (kanan) merupakan antara kegemaran warga Singapura.
Encik Fato Lizan memaklumkan kerepek ubi masin (kiri) dan kerepek balado (kanan) merupakan antara kegemaran warga Singapura. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

Encik Fato Lizan berkata harga lebih rendah menjadi faktor utama tarikan kerana kos operasi kedai lebih terkawal berbanding premis di kawasan lain.

“Kita tak ada sewa tinggi dan pekerja ramai, jadi pelanggan boleh berjimat walaupun bukan paling murah,” katanya.

Tambahnya, setiap hari pihaknya mampu membungkus antara 3,000 hingga 4,000 pek makanan ringan bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat pada minggu kedua dan ketiga Ramadan.

Beliau juga berkata pengukuhan ringgit tidak memberi kesan besar terhadap perbelanjaan pelanggan dari Singapura kerana perbezaan kadar tukaran masih kecil.

“Tak nampak perubahan. Mereka tetap berbelanja seperti biasa, malah kuasa beli nampak lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg