Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta mewah, 727 barangan milik usahawan Vida bakal dilelong

Oct 16, 2025 | 3:13 PM
Vida, mewah, dilelong
Datuk Seri Vida - Foto fail

KUALA LUMPUR: Selepas tertangguh sejak Disember 2024, proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, bakal dilelong pada 30 Oktober ini.

Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 15 Oktober, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Datuk Vida.

Tindakan itu susulan kegagalan beliau membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.

Dua pihak itu gagal mencapai tawaran penyelesaian.

Selain itu Datuk Vida memohon agar proses lelongan ditangguhkan selama hampir setahun atas alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman. Begitupun mahkamah memutuskan sebaliknya apabila pihak Datuk Vida gagal mengemukakan bukti kukuh, lapor Harian Metro.

Dilaporkan sebelum ini, dianggarkan 727 barangan milik beliau disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh, Perak, itu pada 25 November 2024.

Ini selepas beliau gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan AH Design Communication sebanyak lebih RM1 juta ($310,000) pada 2018.

Berikutan itu, perintah penyitaan harta Datuk Vida dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 November,

Sementara itu, selain empat buah kereta milik Datuk Vida, antara barang yang disita seperti pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan lain-lain.

Acara lelong sepatutnya diadakan pada 9 Disember 2024, namun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datuk Vida menangguhkan proses itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg