Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Guru, murid tabika terperangkap banjir kilat di JB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Guru, murid tabika terperangkap banjir kilat di JB

Dec 07, 2023 | 12:41 PM



JOHOR BAHRU: Hujan lebat berterusan sejak tengah hari 6 Disember menyebabkan kira-kira 25 lokasi sekitar bandar raya Johor Bahru dilanda banjir kilat.


Banjir kilat berlaku di sekitar bandar raya itu berpunca daripada taburan hujan yang sangat lebat, luar biasa serta pertembungan air pasang penuh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor pada 7 Disember laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati hujan yang bermula 1.30 petang hingga 5 petang itu melebihi 60 milimeter (mm) iaitu tiga kali ganda daripada jumlah biasa antara 10 dengan 20 mm.

Beliau berkata menerusi mesyuarat itu, pelbagai kaedah penyelesaian telah diputuskan bagi menangani masalah banjir kilat di Greater Johor Bahru (JB) yang merangkumi bandar raya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai.

Seramai 46 kanak-kanak di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru, antara mangsa terjejas banjir yang diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor kira-kira 3.30 petang 6 Disember.

Semua mangsa membabitkan 38 kanak-kanak, enam guru dan dua warga emas dengan seorang daripadanya orang kurang upaya (OKU) dipindahkan ke kawasan perumahan yang lebih selamat.

Jurucakap JBPM Johor, berkata 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dengan dua bot bomba serta satu bom awam digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam banjir sedalam kira-kira 0.3 meter.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam kenyataan di Facebook berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengambil langkah segera menempatkan Skuad Kilat MBJB di lokasi dilaporkan banjir kilat bagi melaksanakan tindakan lanjut.

Katanya, beberapa laluan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kenderaan terperangkap termasuk persimpangan Jalan Gertak Merah menghala ke Wisma Persekutuan dan sebahagian Jalan Kolam Ayer menghala ke pusat bandar dan Nong Chik Heights.

“Pihak JBPM Johor turut membuat pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir lain ketika hujan lebat,” kata kenyataan itu lapor Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Antara lokasi yang dipantau adalah Taman Bunga Ros, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Tengah Tebrau dan ketika pemantauan, paras air sungai dalam keadaan berjaga-jaga dan hujan ketika itu lebat.

Bagaimanapun banjir mulai surut pada 4 petang.

Skuad kilat MBJB kini memantau lokasi berisiko banjir di sekitar Johor Bahru dan menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu secara berhati-hati ketika hujan lebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >