Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kes bunuh Along Spoon: Pesalah dibebas setelah jalani hukuman 33 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes bunuh Along Spoon: Pesalah dibebas setelah jalani hukuman 33 tahun

Nov 16, 2023 | 05:02 PM



PUTRAJAYA: Bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon, dibebaskan dari Penjara Kajang di Selangor, pada Khamis.


Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada pemenjaraan selama 33 tahun terhadap tertuduh, Mohamed Ya’cob Demyati, 57 tahun, pada Khamis.

Berita Harian Malaysia (BHM) pada Khamis melaporkan, pindaan hukuman itu berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan tertuduh pada 4 Januari 2000.


Peguam bela Mohamed Ya’cob, Encik Che Muji Che Noh, ketika mengesahkan pembebasan anak guamnya itu kira-kira 6 petang dan menjelaskan bekas anggota polis itu sudah selesai menjalani hukuman penjara selama 33 tahun.

“Aspek kelakuan baik anak guam memang ada dalam rayuan saya dan itu faktor yang mahkamah ambil kira berhubung hukuman.

“Mengikut undang-undang, hukuman adalah penjara antara 30 hingga 40 tahun dan atas rayuan itu, Mohamed Ya’cob dikenakan penjara selama 33 tahun.

“Penjara selama 33 tahun itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan Mohamed Ya’cob pada 4 Januari 2000. Maknanya, dia sudah selesai menjalani hukuman penjara selepas tolak cuti... itu undang-undangnya,” katanya lapor BHM pada Khamis.

Terdahulu, panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada hari kedua persidangan selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023, membuat keputusan pindaan itu secara sebulat suara.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah; serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Dalam prosiding pada Khamis, Mohamed Ya’cob ialah antara 12 individu terlepas hukuman mati atau penjara sepanjang hayat, selepas Mahkamah Persekutuan memindanya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.

Bagaimanapun bekas anggota polis itu terlepas hukuman sebatan atas faktor usia 50 tahun dan ke atas.

Sebelum ini, Mohamed Ya’cob dikenakan hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi’ul Malik, 19 tahun, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Negeri Sembilan, kira-kira 1 pagi 26 Disember 1999.

Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >