KOTA BHARU: Polis Kelantan membuka kertas siasatan susulan penularan pelbagai spekulasi dan maklumat tidak sahih di media sosial berkaitan kes bunuh seorang penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19 tahun, yang berlaku di Ketereh di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya memandang serius penyebaran hantaran yang mengandungi fakta tidak tepat sehingga boleh mengelirukan orang ramai.