KOTA BHARU: Hubungan antara mangsa kes bunuh di Ketereh, Nurfisya Zulkifly, dengan salah seorang suspek lelaki berusia 19 tahun dipercayai sudah saling mengenali sejak kira-kira setahun lalu.

Perkara itu didedahkan rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Nurul, 19 tahun, yang memaklumkan bahawa arwah Nurfisya pernah berkongsi mengenai individu berkenaan dalam perbualan mereka sebelum ini.