Kes bunuh eksekutif bank di Alor Setar: Anak mangsa ditahan dalam bas ketika menuju ke Selangor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh eksekutif bank di Alor Setar: Anak mangsa ditahan dalam bas ketika menuju ke Selangor

Feb 3, 2026 | 12:00 PM

Kes bunuh eksekutif bank di Alor Setar: Anak mangsa ditahan dalam bas ketika menuju ke Selangor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mahkamah Alor Setar, suspek, bunuh ibu, eksekutif operasi bank, bakal pengantin
Suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar bagi permohonan reman pada 3 Februari. - Foto SINAR HARIAN

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, yang disyaki anak kepada seorang wanita berusia 52 tahun, Allahyarhamha Zahrullail Basir, yang maut ditikam dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian pada 2 Februari.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata suspek ditahan sekitar 8.34 malam hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Menurutnya, suspek diberkas ketika menaiki sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5 arah selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Selangor.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah.

“Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati negatif,” katanya pada 3 Februari.

Laman Sinar Harian melaporkan Syed Basri berkata, susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar kira-kira 8.30 pagi dan direman selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah membenarkan permohonan reman polis selama tempoh itu bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tegas beliau, polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu dan mereka boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan,” katanya lagi.

Pada 2 Februari, media melaporkan Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa pada 8.45 pagi, memaklumkan kejadian pembunuhan membabitkan ibunya di lokasi kejadian.

Ibunya itu disyaki ditikam di bahagian badan serta dipukul di bahagian kepala.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar awal pagi sebelum salah seorang dari enam anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Setakat ini motif, kejadian masih dalam siasatan dan polis percaya ia membabitkan anak mangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg