Kes curi pisang: Bapa tunggal dibebas lepas 10 hari penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes curi pisang: Bapa tunggal dibebas lepas 10 hari penjara

Jan 13, 2025 | 3:00 PM

Kes curi pisang: Bapa tunggal dibebas lepas 10 hari penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Muhammad Fadil Ismail sebelum ini dipenjara tiga bulan kerana mencuri setandan pisang dan perbuatannya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). 
Muhammad Fadil Ismail sebelum ini dipenjara tiga bulan kerana mencuri setandan pisang dan perbuatannya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).  - Foto fail NSTP

Seorang bapa tunggal, yang pada mulanya dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana mencuri setandan pisang daripada sebuah ladang, telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 10 hari.

Menurut sumber, Mahkamah Tinggi Muar menggantikan hukuman Mahkamah Majistret pada 13 Januari.

“Hakim menyatakan memandangkan OKT (orang kena tuduh) sudah menjalani hukuman penjara sejak 4 Januari 2025 dan ini hari kesepuluh, maka mahkamah putuskan hukuman 10 hari penjara tersebut mencukupi bagi kesalahan yang dilakukan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Susulan keputusan itu, Muhammad Fadil Ismail, 35 tahun, tidak diwakili peguam di mahkamah, memberi jaminan kepada hakim tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Pada 8 Januari lalu, Mahkamah Majistret Batu Pahat menjatuhkan hukuman terhadap Fadil, yang merupakan ayah kepada tiga anak, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan mencuri.

Insiden itu berlaku pada 4 Januari, apabila pemilik kebun menyedari peningkatan kecurian pisang ‘rastali’ berharganya.

Pemilik berusia 56 tahun itu kemudian memasang kamera pengawasan di kebun itu, yang merakam Fadil menebang pokok pisang dan mencuri buah itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg