Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki kudung tangan dituduh lakukan rompakan di P. Pinang

Dec 30, 2024 | 2:40 PM
Lelaki yang kudung tangan kanan, Mah Cheow Chuen (dua dari kiri), dan rakannya Muhammad Zaim Goh Abdullah (tiga dari kiri) diiringi polis atas kesalahan lakukan rompakan.
Lelaki yang kudung tangan kanan, Mah Cheow Chuen (dua dari kiri), dan rakannya Muhammad Zaim Goh Abdullah (tiga dari kiri) diiringi polis atas kesalahan lakukan rompakan. - Foto HARIAN METRO

BUTTERWORTH (Pulau Pinang): Dua lelaki termasuk seorang kurang upaya (OKU) dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada 30 Disember atas tuduhan lakukan rompakan 160 bungkusan barang kemas secara berkumpulan pada 12 Disember lalu.

Muhammad Zaim Goh Abdullah, 42 tahun, dan Mah Cheow Chuen, 43 tahun, yang kudung tangan kanan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurzafirah Mohamed Ali.

Mengikut tuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang lelaki dengan merompak dua guni mengandungi 160 bungkusan barang kemas.

Tertuduh yang menggunakan sebilah parang semasa rompakan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di hadapan sebuah kedai Vape Village di Bagan Ajam, di sini, kira- kira 7.35 petang pada 12 Disember lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Pendakwa raya Nurul Nadia tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan berkenaan tidak dibenarkan ikat jamin, lapor Harian Metro.

Namun, Muhammad Zaim yang bekerja sebagai tukang besi merayu dia perlu menyara isteri serta ibu bapanya yang kini perlukan rawatan dialisis, manakala Cheow Chuen pula mempunyai tanggungan isteri, lima anak serta ibunya.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 15 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Muhammad Zaim dan Cheow Chuen turut dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan memiliki harta curi mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, pada 17 Disember lalu.

Mereka mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 terhadap kedua-dua tertuduh dan sekiranya gagal bayar akan dipenjara selama lima bulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg