Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes denggi di Johor melonjak 157%

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes denggi di Johor melonjak 157%

Feb 20, 2024 | 02:53 PM



JOHOR BAHRU: Jumlah kumulatif kes denggi di Johor mencatatkan peningkatan 157 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) ke 07/2024 dengan 2,555 kes direkodkan, berbanding 994 kes bagi tempoh sama pada 2023.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata daripada jumlah kes dilaporkan sebanyak 966 kes dari lokaliti wabak dan 1,589 kes dari lokaliti bukan wabak.

Beliau berkata pada ME 07/2024, daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru yang menyumbang 320 kes.

“Ia diikuti Kulai (31 kes), Kota Tinggi (9 kes), Batu Pahat (7 kes), Segamat (5 kes), Muar (4 kes), Tangkak dan Pontian (masing-masing 3 kes), manakala Kluang dan Mersing (2 kes).

“Daerah yang melaporkan peningkatan kes pada ME 07/2024 berbanding ME minggu lalu ialah Kulai dan Segamat.

“Jumlah terkumpul lokaliti wabak di seluruh Johor pada 2024 sehingga ME 07/2024 adalah 364 berbanding 126 dalam tempoh sama pada 2023,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia pada 19 Februari.


Encik Ling berkata tiga kematian dilaporkan pada minggu terbabit bagi seluruh negeri, manakala kes kumulatif kematian denggi sehingga tempoh itu adalah sebanyak empat kes, berbanding dua kes pada 2023.

“Aktiviti penguatkuasaan dijalankan telah mengeluarkan 698 kompaun dengan nilai kompaun ditawarkan sebanyak RM335,900 ($94,636). Daripada jumlah itu, 56 peratus membayar kompaun berkenaan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai video tular di laman sosial yang menunjukkan keadaan Klinik Desa Bakar Batu, Johor Bahru, dikatakan daif dengan struktur usang, Encik Ling berkata Jabatan Kesihatan Johor bercadang untuk mengubah suai bangunan terbiar bersebelahan itu untuk menjadi ruangan tambahan bagi klinik sedia ada.

Katanya, video berkenaan yang menunjukkan bangunan terbiar di klinik terbabit dan menyamakannya dengan rumah hantu, telah menimbulkan salah faham dan persepsi buruk dalam kalangan orang awam yang menyangka klinik berkenaan dalam keadaan daif.

“Orang yang membuat video itu mungkin salah faham bahawa bangunan terbiar itu pada asalnya digunakan sebagai kuarters dan telah terbiar selama bertahun-tahun.

“Klinik itu sebenarnya telah dinaik taraf pada 2010 dan ia telah menyediakan persekitaran yang selesa kepada kakitangan perubatan dan pesakit,” katanya dalam kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >