Kes denggi Johor turun 21.2 peratus

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes denggi Johor turun 21.2 peratus

Mar 10, 2026 | 1:43 PM

Kes denggi Johor turun 21.2 peratus

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon. - Foto FACEBOOK AH SOON

Jumlah kes demam denggi di Johor sehingga minggu kesembilan bagi 2026 menurun 21.2 peratus kepada 928 kes, berbanding 1,178 kes bagi tempoh sama pada 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, menjelaskan 311 kes (33.5 peratus) dilaporkan dari kawasan wabak, manakala 617 kes (66.5 peratus) dari kawasan bukan wabak.

Pada minggu kesembilan 2026, sebanyak 74 kes denggi dilaporkan, penurunan 11.9 peratus berbanding 84 kes pada minggu sebelumnya.

Daerah Johor Bahru mencatat jumlah kes mingguan tertinggi dengan 53 kes, atau 71.6 peratus daripada keseluruhan kes.

“Daerah Kulai mencatatkan tujuh kes; diikuti Kluang dan Pontian masing-masing tiga kes. Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar, dan Segamat pula masing-masing dua kes,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada 9 Mac.

Tiada kes dilaporkan di daerah Mersing dan Tangkak bagi tempoh tersebut.

Encik Ling turut mengumumkan lapan kawasan wabak baru dikesan pada minggu itu iaitu lima di Johor Bahru; dua di Kota Tinggi; dan satu di Kulai.

Jumlah terkumpul kawasan wabak di Johor sehingga minggu kesembilan 2026 adalah 101, berkurang 16.5 peratus berbanding 121 bagi tempoh sama pada 2025.

Dalam masa yang sama, satu kes kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kematian pada 2026 sebanyak satu kes berbanding dua kes bagi tempoh sama pada 2025.

Encik Ling menegaskan anggota kesihatan giat menjalankan kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui pemeriksaan di dalam dan luar rumah.

Sepanjang 2026, sebanyak 982 kompaun bernilai keseluruhan RM491,000 ($159,213) telah dikeluarkan, dengan kira-kira 74 peratus daripadanya sudah dijelaskan.

Beliau menyeru masyarakat meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di rumah serta kawasan persekitaran.

Langkah mudah seperti memastikan tiada bekas menakung air, menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik, dan menutup rapat bekas takungan air dapat mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau turut menggalakkan pihak sekolah mengadakan kegiatan gotong-royong secara berkala bagi memastikan kawasan sekolah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk, sekali gus mengurangkan risiko penularan denggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg