Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes FashionValet: SPRM beku 11 akaun persendirian, 6 syarikat

Nov 7, 2024 | 11:24 AM
Usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof, dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, melepaskan jawatan mereka sebagai pengasas bersama dalam syarikat e-dagang, Fashion Valet Sdn Bhd, selepas kontroversi isu kerugian syarikat berkenaan yang menerima dana awam RM43.9 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia.
Usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof, dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, melepaskan jawatan mereka sebagai pengasas bersama dalam syarikat e-dagang, Fashion Valet Sdn Bhd, selepas kontroversi isu kerugian syarikat berkenaan yang menerima dana awam RM43.9 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia. - Foto INSTAGRAM DATIN VIVY YUSOF

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, bernilai kira-kira RM1.1 juta ($330,000).

Pembekuan berkenaan adalah susulan siasatan yang dijalankan suruhanjaya ini terhadap suami isteri terbabit berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Bermula 4 November lalu SPRM secara serentak menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi ‘Op Favish’ membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri ini bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

“Selain itu, SPRM juga merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan dan penilai syarikat,” katanya, lapor Harian Metro.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Datin Vivy dan Datuk Fadzaruddin hadir sekali lagi ke Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya, pada 6 November untuk menyambung rakaman percakapan susulan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB tersebut.

Pasangan itu yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam dilihat beredar pada 4.23 petang, selepas tiga jam memberi keterangan.

Kediaman milik pasangan itu di Mont Kiara dibongkar pihak SPRM pada 6 November.

Sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke SPRM pada 1 petang untuk menyambung memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman pada 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan berkenaan.

“Penggeledahan berakhir sekitar 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg