Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes pukul OKU di pasar tani Terengganu: 5 tertuduh didenda RM2,000 setiap seorang

Feb 27, 2025 | 11:51 AM
TANGKAP layar video tular seorang lelaki orang kurang upaya terbaring selepas dipukul beberapa individu. 
TANGKAP layar video tular seorang lelaki orang kurang upaya terbaring selepas dipukul beberapa individu.  - Foto SOSIAL MEDIA

CHUKAI (Terengganu): Lima lelaki yang memukul lelaki orang kurang upaya (OKU) dalam satu kejadian di Pasar Pagi Chukai, dekat sini pada Januari lalu yang mana videonya tular di media sosial, didenda RM2,000 ($603) seorang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli yang turut mengesahkan enam suspek didakwa susulan kes itu di Mahkamah Majistret Kemaman.

Beliau berkata semua tertuduh dihadapkan ke mahkamah dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Lima tertuduh itu mengaku bersalah sementara seorang lagi lelaki mohon untuk dibicarakan.

“Semua tertuduh yang mengaku bersalah itu telah dikenakan hukuman denda RM2,000 setiap seorang,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Dalam pada itu, Encik Mohd Razi menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi tidak benar berhubung kes itu.

Pada 17 Januari lalu, polis menerima laporan mengenai seorang lelaki berusia 47 tahun yang cedera setelah dipukul beberapa individu di pasar tani Pasar Pagi Chukai kira-kira 9.30 pagi, dengan video kejadian itu tular di media sosial.

Siasatan polis mendapati lelaki OKU itu yang menunggang sebuah motosikal, memasuki kawasan tapak jualan terbabit dan terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan barangan jualan tumpah dan terjatuh.

Mangsa kemudian dipukul dan mengakibatkan beliau cedera akibat dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pembeli di pasar tani berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis menahan enam suspek lelaki bagi membantu siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg