Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes rogol pelajar: Suspek didakwa di mahkamah Melaka

Oct 16, 2025 | 12:43 PM
rogol, Melaka, didakwa
Pelajar lelaki yang didakwa terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Melaka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka pada 16 Oktober. - Foto GOOGLE

Beberapa pelajar lelaki yang didakwa terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Melaka didakwa di Mahkamah Majistret Melaka pada 16 Oktober.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan pada 16 Oktober memaklumkan, jabatan itu memutuskan untuk individu terbabit didakwa, selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes berkenaan.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk tuduhan dikenakan terhadap individu yang terlibat.

“Sehubungan itu, Jabatan ini memutuskan untuk individu-individu terbabit didakwa di bawah Seksyen 375B dan 377B Kanun Keseksaan [Akta 574], serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] pada hari ini (16 Oktober) di Mahkamah Majistret Melaka yang mempunyai bidang kuasa setempat,” kata jabatan itu.

Kenyataan itu turut menyebut AGC kekal komited untuk memastikan setiap kesalahan jenayah, khususnya yang melibatkan mangsa kanak-kanak dan jenayah seksual, diambil tindakan sewajarnya dan ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kejadian rogol bergilir-gilir itu didakwa berlaku sekitar 2.50 petang pada 2 Oktober lalu, dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka, dan perbuatan itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh dua daripada suspek.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, sebelum ini dilaporkan berkata empat pelajar lelaki Tingkatan Lima disyaki terlibat melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar perempuan Tingkatan Tiga itu.

Beliau berkata semua suspek berusia 17 tahun itu yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direman sehingga 16 Oktober untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, media Malaysia melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir itu didakwa berlaku ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga sekolah berkenaan untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Mangsa dikatakan diheret masuk ke dalam kelas sebelum dirogol dua suspek, manakala dua lagi rakan mereka menyaksikan dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit.

Kejadian itu hanya terbongkar pada 10 Oktober, selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video berkenaan daripada guru sekolah lalu segera membuat laporan polis.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, kemudian berkata semua empat pelajar yang menjadi suspek kes berkenaan dibuang sekolah serta-merta, namun masih boleh menduduki peperiksaan awam SPM yang dijadual bermula pada 4 November ini di pusat tahanan atau tempat berasingan daripada sekolah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg