Kesan cuaca panas di M’sia: 15 masalah kesihatan termasuk 3 kes strok haba, 1 kematian
Kesan cuaca panas di M’sia: 15 masalah kesihatan termasuk 3 kes strok haba, 1 kematian
Menteri Kesihatan: Bayi, kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas antara golongan berisiko terdedah kepada strok haba
Mar 24, 2026 | 4:03 PM
Kesan cuaca panas di M’sia: 15 masalah kesihatan termasuk 3 kes strok haba, 1 kematian
Dua kanak-kanak membetulkan teraju layang-layang di kawasan bendang kering di Padang Terap, Kedah, pada petang 22 Mac. Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Padang Terap merekodkan status cuaca panas Tahap 2 (gelombang haba) sehingga 4 petang, 23 Mac. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini, orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.
Laporan berkaitan
Riau isytihar darurat kecemasan kebakaran hutan hingga NovFeb 16, 2026 | 9:34 AM
Johor tangani kebakaran gambut secara bersepadu ketika cuaca panas berpanjanganFeb 4, 2026 | 1:51 PM
Kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi, ‘asap belum masuk ruang udara S’pura’Jan 28, 2026 | 1:28 PM

