Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua PAS buat kenyataan tidak berasas kerana terdesak: Mat Sabu

Aug 29, 2023 | 2:08 PM
MOHAMAD SABU: Presiden parti Amanah ini mendakwa pemimpin PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sanggup berbohong kerana terdesak mahukan kemenangan dalam pilihan raya.
MOHAMAD SABU: Presiden parti Amanah ini mendakwa pemimpin PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sanggup berbohong kerana terdesak mahukan kemenangan dalam pilihan raya. - Foto ST

MUAR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, hanya membuat kenyataan tidak berasas kerana terdesak untuk menang dalam pilihan raya kecil akan datang, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Beliau baru-baru ini mendakwa PAS memutuskan untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP), selepas parti itu memutuskan untuk tidak menyokong agenda negara Islam pada 2008.

“Ini adalah satu pembohongan; PAS sendiri yang memutuskan untuk tidak mengikut gagasan negara Islam dan menukarnya kepada agenda negara kebajikan; Ini telah dibincangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, malah kita berkempen untuk itu,” kata presiden Amanah itu, dipetik oleh akhbar The Star.

Datuk Mohamad yang juga bekas timbalan presiden PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Ceramah Kelompok di Taman Sri Kasih, Muar, pada Isnin malam.

Datuk Mohamad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Hadi semasa ceramah di ibu pejabat PAS Bakri pada Sabtu lalu.

“Malah (beliau) mendakwa ada bekas pemimpin PAS yang keluar parti kerana takut kalah dalam pilihan raya dan menubuhkan Amanah.

“Bukan kerana takut, tetapi (Tan Sri) Abdul Hadi sudah bertahun-tahun membuat kenyataan bahawa Umno teruk, kemudian tiba-tiba pada 2015, beliau memutuskan untuk menghentikan kerjasama dengan DAP tanpa sebarang perbincangan dan sebaliknya bekerjasama dengan Umno.

“Sekarang, mereka cuba membangkitkan isu hudud, tetapi perkara ini tidak pernah dibincangkan apabila Perikatan Nasional (PN) berkuasa, walaupun terdapat memorandum antara kerajaan dengan pembangkang.

“Saya masih menghormatinya sebagai bekas pemimpin saya, tetapi dengan keadaan kesihatannya sekarang, dia harus menghentikan semua pembohongan ini dan bersara secara aman daripada politik,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg