Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua Pembangkang M’sia: Pertuduhan terhadap anak taktik bunuh karakter politik

Jun 6, 2024 | 12:21 PM
Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menyifatkan pendakwaan terbaru ke atas anaknya pada 5 Jun sebagai salah satu siri perancangan pembunuhan karakter politik.

Dakwa beliau, perancangan itu sebenarnya ditujukan kepadanya sebagai ketua pembangkang setelah usaha kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) gagal, termasuk melali pertuduhan politik ke atas pemimpin Bersatu.

“Ini merupakan taktik lapuk yang memperlihatkan kemandulan kerajaan dalam usaha terdesak mereka menutup mulut para pengkritik dengan menyasarkan pemimpin PN (Perikatan Nasional) dan ahli keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan pada 5 Jun.

“Tak dapat tanduk, telinga dipulas. Pendakwaan terbaru ke atas anak saya adalah siri perancangan pembunuhan karakter politik yang sebenarnya ditujukan kepada saya sebagai Ketua Pembangkang. 

“Ini merupakan taktik lapuk yang memperlihatkan kemandulan kerajaan PH-BN dalam usaha terdesak mereka menutup mulut para pengkritik dengan menyasarkan pemimpin Perikatan Nasional dan ahli keluarga mereka,’‘ katanya.

Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas segala usaha kerajaan PH-BN memperalatkan pelbagai agensi kerajaan bagi mencipta naratif, persepsi serta untuk mengada-adakan pertuduhan politik ke atas pemimpin Bersatu, termasuk dirinya, menemui kegagalan.

Terdahulu, anak Datuk Hamzah, Muhammad Faisal, berdepan satu pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000 ($28,685). Dia mengaku tidak bersalah selepas dituduh.

Faisal, 40 tahun, didakwa menerima wang daripada Izmir Abd Hamid sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.

Kesalahan yang didakwa itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan diberi tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah pejabat di Publika Shopping Gallery yang berada di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah kemudian membenarkan Faisal dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu kes diselesaikan.

Hakim Rozina Ayub kemudian menetapkan 5 Julai untuk sebutan semula kes tersebut.

Datuk Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, menegaskan beliau yakin kebenaran akan berpihak kepada mereka nanti.

“Saya percaya akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Pada April 2023, Faisal dan rakan perniagaannya, Azizul Abdul Halim, 55 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas sembilan pertuduhan mengemukakan invois penjualan minyak masak palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had.

Faisal turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap sembilan pertuduhan berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi.

Pada 23 Mei, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Hamzah, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42 tahun, didakwa meminta rasuah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof bagi membantu syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dakwaan melibatkan dua pertuduhan utama, dengan Sayed Amir didakwa menerima wang suapan sebanyak RM100,000 pada 4 Disember dan RM250,000 pada 16 Disember 2020.

Wang-wang ini dikatakan merupakan ganjaran bagi perkhidmatannya dalam memastikan pemberian kontrak bernilai besar kepada pihak tertentu. Projek yang diperkatakan merangkumi bekalan dan penyelenggaraan alat ganti kepada agensi polis. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg