Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat kereta api elektrik laluan Johor Bahru beroperasi Dis 2025

Aug 27, 2025 | 11:50 AM
Khidmat kereta api elektrik, Johor, operasi Dis 2025
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, memeriksa peralatan dalaman Kereta Api Elektrik (ETS3). - Foto FACEBOOK ANTHONY LOKE SIEW FOOK

PUTRAJAYA: Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS3) ke laluan Johor Bahru dijadual beroperasi bermula Disember 2025.

Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata buat masa ini, tugas melibatkan aspek prasarana dan fizikal telah siap, namun kerja sistem isyarat masih dijalankan.

Beliau berkata pihaknya sedang memantau rapi perkembangan pembukaan laluan baru ETS3 itu dan berharap ia dapat beroperasi sepenuhnya pada akhir 2025.

“Pembukaan laluan baru ini diharap dapat meningkatkan mobiliti rakyat terutama bagi laluan ke selatan tanah air,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan peringkat Kementerian Pengangkutan pada 26 Ogos.

Menurutnya, pengoperasian ETS3 laluan Johor Bahru adalah antara dua projek perkhidmatan awam yang diberi tumpuan pihaknya menjelang akhir 2025.

Sebelum ini, Encik Loke memaklumkan bahawa ETS3 bagi laluan selatan sehingga ke stesen Kluang (Johor) akan mula beroperasi pada 30 Ogos.

Ia membabitkan laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral)-Kluang-KL Sentral, katanya, lapor Kosmo!.

Malah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan berangkat merasmikan ETS3 bagi laluan selatan pada 23 Ogos.

Tahap pertama ETS3 dari Gemas ke Segamat telah beroperasi dan tahap dua pula membabitkan laluan Kluang manakala tahap terakhir ke Johor Bahru Sentral (JB Sentral).

Dalam pada itu, Encik Loke turut memaklumkan bahawa operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bagi laluan Klang ke Petaling Jaya juga dijangka dapat beroperasi pada akhir 2025.

“Sepatutnya, laluan itu dijadual beroperasi pada akhir suku ketiga 2025, namun beberapa ujian yang masih perlu dilakukan maka ada sedikit kelewatan,” katanya.

Terdahulu, pada 23 Ogos, Sultan Ibrahim berangkat merasmikan ETS3 Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur.

Ketibaan Sultan Ibrahim di Stesen Kuala Lumpur pada 7.45 pagi disambut Encik Loke; Timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Setelah Majlis Peluncuran Khas ETS3, Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencapai kelajuan hingga 140 kilometer sejam itu menuju ke Stesen Kluang di Johor.

Pada 19 Ogos, Sultan Ibrahim turut berkenan memandu ETS2 dari Kuala Lumpur ke Rawang.

Encik Loke sebelum ini dilaporkan, berkata kedua-dua set tren ETS3 jenis Electric Multiple Unit (EMU) bagi laluan selatan ke Johor Bahru Sentral, sedang menjalani ujian teknikal dan sekiranya semua berjalan lancar, ia akan mula beroperasi pada Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg