Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kian banyak negeri di M’sia haramkan ‘vape’

Jul 6, 2025 | 5:30 AM
Kian banyak negeri di Malaysia yang mengharamkan rokok elektronik atau ‘vape’.
Kian banyak negeri di Malaysia yang mengharamkan rokok elektronik atau ‘vape’. - Foto NSTP

Negeri-negeri yang mengambil tindakan terhadap penjualan dan penggunaan ‘vape’ atau rokok elektronik di Malaysia

1. Terengganu dan Perlis
– Akan menguatkuasakan larangan penjualan ‘vape’ di semua premis mulai 1 Ogos 2025.

2. Kelantan
– Negeri pertama melarang penjualan ‘vape’ di semua premis sejak 2015. Memberi tempoh ‘bertenang’ selama dua tahun kepada peniaga bermula 2013 sebelum larangan dikuat kuasa.

3. Johor
– Tiada lesen penjualan ‘vape’ dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sejak 2016. Menguatkuasakan larangan penggunaan dan penjualan ‘vape’ termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terlibat.

4. Pahang
– Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyarankan pengharaman total ‘vape’ pada November 2024 atas kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Kerajaan negeri mengharamkan penggunaan ‘vape’ secara menyeluruh mulai 11 Jun 2025.

5. Kedah
– Memberi tempoh sehingga Disember 2025 kepada pengusaha kedai ‘vape’ untuk menghentikan operasi. Tiada lanjutan tempoh akan diberikan.

6. Selangor
– Pada Mei 2025, semua pihak berkuasa tempatan diarah menyita dan menghentikan semua bentuk iklan produk ‘vape’, sama ada fizikal atau digital. Mesyuarat lanjutan akan diadakan bagi membincangkan dasar pelaksanaan dan penguatkuasaan lebih ketat termasuk jualan dalam talian.

7. Pulau Pinang
– Kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan larangan penjualan ‘vape’. Kajian sedang dijalankan terhadap mekanisme penguatkuasaan dan strategi mengurangkan penggunaan ‘vape’.

8. Melaka
– Dalam proses perbincangan mengenai saranan mengharamkan penjualan ‘vape’. Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes radang paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan ‘vape’.

9. Sabah
– Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri pada Januari 2016 memutuskan hukum menghisap dan menjual ‘vape’ adalah haram bagi umat Islam. Fatwa ini masih berkuat kuasa dan dijadikan rujukan dalam dasar kesihatan negeri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg