Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kisah budak lelaki M’sia 8 tahun timba ilmu sambil tarung nyawa dikongsi ibu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kisah budak lelaki M’sia 8 tahun timba ilmu sambil tarung nyawa dikongsi ibu

Mar 08, 2024 | 04:32 PM



JOHOR BAHRU: Sungguhpun perlu bertarung nyawa dek menghidap tumor otak, Muhammad Shah Farrel Iman Lafishahsizal tetap cekalkan semangat untuk menimba ilmu.


Malah, ia merupakan salah satu hasrat budak lelaki berusia lapan tahun itu untuk menyertai alam persekolahan.

Namun, panggilan Ilahi menyambutnya dan dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 4 April 2023.

Kisahnya itu tular di media sosial selepas ibunya, Cik Syadatul Asyikin, memuat naik video di Facebook dan TikTok akaunnya bagi merakam jalan cerita Allahyarham Shah Farrel tatkala anaknya itu masih hidup.

Video yang dimuat naik pada 27 Februari itu setakat ini mempunyai lebih 29,000 ‘likes’ di Facebook beliau.







Dalam hantaran itu, beliau menjelaskan arwah selalu teringin untuk belajar selain makan.

“Walaupun tak dapat ke sekolah, adik tetap gigih belajar di rumah (atau) di wad. Walaupun sedang lalui kemoterapi, tetap nak belajar.

“Pernah sekali lalu depan sekolah, berhenti di lampu isyarat, adik pandang ke arah sekolah itu dengan mata berair.

“Adik kata ‘Mami (gelaran ibu), kawan-kawan adik seronok di sekolah tetapi adik berjuang ingin hidup’”, jelas hantaran itu.

Rakaman video itu menunjukkan arwah menyalin karangan di rumahnya. Ia turut memaparkan arwah mengulang kaji pelajaran di Unit Jagaan Rapi (ICU) hospital sambil ditebuk tiub-tiub pada badannya.

Salah seorang guru dari Sekolah Agama Kota Kulai (SATKK) turut dilihat mengunjungi arwah tatkala dia ditempatkan di hospital untuk memberikan kad ucapan dari pihak sekolah dan rakan-rakannya.

Hantaran itu menambah: “Semoga semangat Shah Farrel sentiasa hidup dan jadi inspirasi.”

Difahamkan sebelum didiagnos menghidap tumor otak, dia merupakan seorang pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada Ogos 2022 ketika menuntut di SATKK.

Dalam video-video sebelum itu yang dimuat naik, arwah dilihat baru sahaja menjalani operasi dan tubuhnya kelihatan susut, susulan rawatan yang perlu dijalaninya.

Cik Syadatul menjelaskan dalam satu hantaran bahawa arwah melalui 30 sesi radioterapi dan menyifatkan anaknya itu sebagai berani dan penuh yakin.

Dengan nada redha, beliau, dalam satu hantaran pada 31 Januari, berkata: “Semoga Allah angkat darjat adik setinggi-tingginya sebab adik sangat tabah, sabar dan redha.”

Sememangnya, kasih ibu pada anaknya tiada akhirnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >