Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kolah mandi disimen, rupanya tersembunyi mayat wanita

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia buru dua warga asing bekas penyewa rumah dipercayai suspek kes

Kolah mandi disimen, rupanya tersembunyi mayat wanita

Dec 05, 2023 | 02:26 PM



KLANG: Kecurigaan pemilik sebuah rumah di Kampung Pandamaran, Klang, Selangor, melihat kolah bilik mandinya disimen, akhirnya membawa kepada penemuan mengejutkan iaitu mayat wanita yang mereput.


Mayat yang dipercayai telah dibunuh dan ditanam dalam kolah yang disimen lebih setahun itu berjaya dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Selangor, yang mengambil masa lebih dua jam untuk memecahkan kolah mandi berkenaan, pada 3 Disember.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata identiti mayat mangsa masih belum dikenal pasti berikutan proses bedah siasat hanya dapat dijalankan pada 6 Disember di Hospital Shah Alam, Selangor.

Beliau berkata susulan penemuan mayat wanita itu, polis telah menahan reman seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun pada 5 Disember dan masih memburu dua lagi lelaki warga asing yang juga bekas penyewa rumah berkenaan.

“Dua suspek yang diburu dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh dan mereka pernah menyewa rumah berkenaan dari tahun 2019 hingga 2021.

“Mereka ini (suspek) yang disyaki menyimen kolah mandi (di rumah sewa itu). Seorang lagi suspek telah ditahan reman pagi ini (5 Disember) selama tujuh hari,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 5 Disember.


Kata Datuk Hussein, kejadian itu terbongkar apabila pemilik rumah warga tempatan berusia 66 tahun menerima maklumat daripada seorang lelaki warga asing yang diupah untuk membaiki bumbung rumah pada November lalu, bahawa terdapat mayat di dalam kolah mandi bilik air rumah pengadu.

Beliau berkata pengadu pernah bertanyakan kepada dua suspek berkenaan mengenai kolah yang disimen tanpa pengetahuannya, namun mereka memberi alasan ada air dari bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi menyebabkan mereka menyimen kolah berkenaan.

“Pengadu curiga, namun tidak menyiasat lanjut lalu menyewakan rumah itu kepada penyewa berlainan sebanyak dua kali. Sehinggalah pada November 2023, pengadu meminta seorang lelaki warga asing membaiki bumbung rumah itu.

“Semasa membayar upah kerja pembaikan, lelaki berkenaan memberitahu pengadu bahawa terdapat mayat di dalam kolah mandi itu,” katanya.

Datuk Hussein berkata bagaimanapun lelaki yang memberikan maklumat itu sudah pulang ke negara asal, justeru bagi mengesahkan maklumat itu, pemilik rumah sewa membuat laporan polis pada 10.58 malam, 3 Disember.

“Susulan itu, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Selangor dan Bomba digerakkan ke lokasi kejadian yang membawa kepada penemuan mayat terbabit,” katanya.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >