Topic followed successfully
Go to BHkuKrisis diesel: Peniaga durian bimbang lambakan bekalan tapi jualan merosot
Krisis diesel: Peniaga durian bimbang lambakan bekalan tapi jualan merosot
Krisis diesel: Peniaga durian bimbang lambakan bekalan tapi jualan merosot
JITRA (Kedah): Kenaikan harga diesel memberi tekanan kepada peniaga durian apabila kos pengangkutan meningkat mendadak, sekali gus menyebabkan harga raja buah itu terpaksa dinaikkan bagi mengelak peniaga menanggung kerugian.
Seorang peniaga, Cik Nur Alia Najwa Khairul Anuar, 22 tahun, berkata musim durian bermula sejak hujung Mac dengan bekalan diperolehi daripada pembekal dari Johor dan Thailand.
Menurutnya, antara jenis durian yang dijual termasuk IOI, Udang Merah dan durian kampung, dengan harga antara RM20 ($6.39) dengan RM25 sekilogram, bergantung pada gred.
“Kalau pada 2025, kami boleh jual sekitar RM15 sekilogram, tapi sekarang harga naik sedikit sebab kos pun meningkat.
“Sekarang kos untuk isi minyak diesel lori naik. Dulu nak ke Thailand hanya kira-kira RM200 tapi sekarang RM500, begitu juga ke Johor dulu kos diesel kira-kira RM2,000 tapi sekarang RM5,000,” katanya, dalam satu laporan Harian Metro.
Cik Najwa berkata kos diesel yang tinggi boleh menyebabkan lambakan durian dari Johor apabila sebahagian bekalan tidak dapat dihantar ke negeri lain, terutama di utara, menyusuli kos operasi yang tinggi.
Menurut beliau, sebelum ini, gerainya dipenuhi pelanggan seawal 9 pagi, namun kebelakangan ini, pelanggan semakin berkurangan.
Ini memandangkan orang ramai dipercayai lebih berjimat dalam perbelanjaan harian menyusuli krisis tenaga sejagat.
“Mungkin faktor harga juga menyebabkan orang tak mampu beli banyak durian, tapi kami pun tersepit sebab modal beli durian pun sudah tinggi,” katanya.
Harga runcit diesel di Semenanjung terus meningkat kepada RM6.72 seliter, bermula 8 April hingga 15 April, menyusuli krisis tenaga dunia yang berlanjutan.
Peningkatan sebanyak 70 sen dilihat, berbanding tempoh sebelumnya iaitu RM6.02 seliter.
Sementara itu, pemilik Dusun Durian Landak di Pontian, Encik Abdul Hadi Ahmad Sani, 47 tahun, berkata lambakan durian dijangka pada Jun dan Julai 2026.
“Sekarang, kita memang terpaksa naikkan harga bagi menampung kos yang semakin meningkat.
“Nak habiskan (jual) 300 kilogram durian sehari pun sekarang ini susah, apatah lagi bila musim durian pada Jun dan Julai nanti,” katanya.

