Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kronologi kes rumah amal disyaki dera kanak-kanak

Sep 21, 2024 | 5:30 AM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto REUTERS

11 September: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan yang disyaki kendalian Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH). Pada masa sama, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun. 

13 September: Hasil ujian perubatan mendapati 13 kanak-kanak daripada rumah amal itu disyaki telah diliwat. Susulannya, polis membuka kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu supaya siasatan dan tindakan berhubung kes berkaitan GISBH disegerakan.

14 September: GISBH mengakui beberapa kes liwat pernah berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan. Namun Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, berkata bilangan kejadian liwat itu cuma “ada satu, dua (kes)“.

17 September: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mahu PDRM menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap kes dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH. Katanya, perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

19 September: Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, bersama 18 yang lain direman selama tujuh hari. Beliau bersama beberapa pemimpin kanan termasuk isteri dan dua anaknya ditahan polis antara mereka yang ditahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg