Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lagi kes polis M’sia didakwa serang hingga menyebabkan kematian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lagi kes polis M’sia didakwa serang hingga menyebabkan kematian

Feb 06, 2024 | 04:31 PM



ALOR SETAR (Kedah): Selepas seorang pegawai kanan polis didakwa atas kesalahan membunuh kerana melanggar seorang pelajar hingga maut pada Disember 2023, satu lagi kes seumpamanya direkodkan, membabitkan kematian seorang lelaki di Langkawi, Kedah, pada 1 Februari.


Kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh apabila laporan patologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala disebabkan hentakan objek tumpul selepas dikatakan diserang beberapa anggota polis.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian mangsa daripada laporan kematian mengejut kepada menyebabkan kematian dan pembunuhan mengikut Seksyen 304 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saya sudah mengarahkan pegawai daripada kontinjen polis negeri (Kedah) mengambil alih siasatan daripada polis Langkawi bagi mengelak sikap berat sebelah.

“Kami sedang menyiasat kes itu dari semua sudut secara adil dan tidak akan ada penutupan kes,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 6 Februari.


Pada 4 Februari lalu, keluarga mangsa yang dikenali sebagai Allahyarham Mohd Hafiz Salleh menuntut keadilan berhubung kematiannya selepas dia didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat, Langkawi, pada 29 Januari lalu.

Melalui catatan di Facebook, kakak lelaki itu, Cik Salwana Salleh, berkata Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Malihah (HSM) di Langkawi.

Dilaporkan dalam satu video tular, sekumpulan sekurang-kurangnya tujuh anggota polis berpakaian preman dilihat menggunakan kekerasan ketika menahan lelaki dipercayai Mohd Hafiz, dengan seorang daripada mereka turut menendang belakang badan lelaki itu sebelum menggarinya dan membawanya pergi.

Pada bahagian akhir video itu, Allahyarham Mohd Hafiz dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Datuk Fisol berkata sehingga kini, polis sudah merekodkan keterangan semua enam anggota polis yang terbabit dalam penahanan itu dan tujuh saksi.

Mengulas kejadian itu, Datuk Fisol berkata lelaki terbabit ditahan ketika ‘Ops Tapis Khas’ oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada 29 Januari lalu.

Katanya, polis cuba menahan suspek berusia 31 tahun itu selepas dia dikesan berkelakuan mencurigakan, tetapi bergelut ketika penahanan itu berlaku.

“Pergelutan menyebabkan suspek mengalami kecederaan di kening kanan dan telinga, leher kiri, lutut serta lengan, manakala tiga anggota polis yang terbabit dalam tangkapan itu turut cedera ringan.

“Polis menemui satu straw mengandungi heroin seberat kira-kira 0.21 gram pada suspek. Dia kemudian dibawa ke IPD Langkawi untuk ujian saringan awal air kencing yang mendapati dia positif morfin,” katanya.

Datuk Fisol berkata pada 8 malam 29 Januari, polis membawanya ke Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi, untuk merawat kecederaannya, tetapi lelaki itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika berada di klinik.

“Dia dikejarkan ke HSM dan dimasukkan ke zon merah wad kecemasan, namun dimaklumkan meninggal dunia kira-kira 12.40 tengah hari pada 1 Februari,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >