Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagu khas ‘Justice For Zara Qairina’ sentuh hati rakyat

Aug 12, 2025 | 9:44 PM
Lagu ciptaan Norsalim Ali ini menjadi tanda perpaduan terhadap kematian tragis Zara Qairina.
Lagu ciptaan Norsalim Ali ini menjadi tanda perpaduan terhadap kematian tragis Zara Qairina. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Lagu khas bertajuk ‘Justice For Zara Qairina’ ciptaan Norsalim Ali tular di pelbagai wadah media sosial sebagai tanda perpaduan terhadap kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah.

Rata-rata pengguna media sosial menggunakan karya yang disulam unsur rap itu sebagai muzik latar dalam setiap kiriman berkaitan Allahyarham, yang dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah sekitar 3 pagi pada 16 Julai.

Lagu itu turut menyerlahkan maksud mendalam seperti pengorbanan, kemarahan dan perpaduan rakyat Malaysia terhadap kematian tragis Allahyarham Zara yang ketika ini masih menjalani siasatan bagi mencari jawapan sebenar mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Liriknya juga dilihat menyeru agar suara masyarakat tidak disenyapkan, sebaliknya menuntut kebenaran ditegakkan.

Lirik seperti ‘Kata mereka, kau jatuh sendiri. Tapi benarkah itu realiti?’ yang terdapat dalam lagu itu dilihat mengetengahkan persoalan mengenai kematian Allahyarham Zara yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya ramai termasuk keluarga arwah, lapor Berita Harian Malaysia.

Hingga tengah hari pada 12 Ogos, lagu ‘Justice For Zara Qairina’ sudah digunakan hampir 3,000 kali sebagai muzik latar untuk kiriman berbentuk ‘reels’ di Instagram. Di TikTok, ia telah dimainkan lebih 3.2 juta kali.

Menerusi wadah YouTube, video lirik lagu itu sudah mencatat 200,000 tontonan sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

 Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah sekitar 3 pagi pada 16 Julai.
 Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah sekitar 3 pagi pada 16 Julai. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

Berikut disertakan lirik lagu ‘Justice For Zara Qairina’:

Usia mu baru tiga belas

Mimpi masih berlari di padang luas

Tapi malam itu semuanya kelam

Bulan jadi saksi. Kau tak pernah pulang

Bahagian rap:

Kata mereka, kau jatuh sendiri

Tapi benarkah itu realiti?

Bila tengkuk mu bengkok, tubuh mu mati dan tapak kaki kiri kau berdarah sunyi

Tiada jeritan, tiada cahaya, kau rebah dalam gelap derita

Siapa yang tahu apa yang terjadi? Siapa yang kejam? Siapa bersalah kini?

Bahagian korus:

Justice for Zara Qairina bukan sekadar nama di pusara

Tangisan ibu jadi nyala

Kita bangkit demi kebenaran nyata

Justice for Zara Qairina di langit Sabah yang saksi luka

Buli itu pembunuhan senyap!

Hari ini suara kami takkan senyap

Bahagian rap:

Kau bukan cerita untuk dilupa

Kau jeritan buat semua yang lena

Di asrama, tempat sepatutnya selamat

Kini jadi pentas duka yang gelap

Kaki kanan lurus, kiri terlipat

Kepala terkulai, tubuh mu terlentang!

Mana cikgu? Mana warden? Mana suara bila Zara ditinggalkan?

Mana suara bila Zara ditinggalkan

Kami juga anak-anak sekolah

Kami bukan boneka yang diperah

Jangan sembunyi kebenaran

Kami tutup satu pembelaan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg