Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lat terima gelaran Seniman Diraja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lat terima gelaran Seniman Diraja

Nov 06, 2023 | 01:16 PM



KUALA KANGSAR (Perak): Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menganugerahkan gelaran Seniman Diraja kepada kartunis terkenal Malaysia, Datuk Mohd Nor Khalid, lebih dikenali sebagai Lat.


Sultan Nazrin berkenan mengurniakan penghormatan kepada Lat, 72 tahun, pada istiadat penyampaian anugerah dan pingat negeri Perak, sempena sambutan hari keputeraan ke-67 Sultan Perak, di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, lapor akhbar The Star.


Turut hadir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar, Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Turut hadir juga ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pada 8 Julai, ketika merasmikan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Sultan Nazrin mengumumkan pengurniaan gelaran Seniman Diraja kepada Lat.

Penghormatan itu adalah sebagai mengiktiraf peranan bermakna dan sumbangan besar artis besar itu dalam memperkenalkan Malaysia ke persada antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, mengetuai senarai 24 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri, pada sesi pelantikan pertama pada Ahad, yang merupakan sebahagian daripada 238 penerima yang diumumkan pada Jumaat.

Sesi pelantikan kedua akan diadakan pada 18 November.

Datuk Wan Zahidi, 81 tahun, yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1 Ogos 2022, merupakan penerima anugerah tertinggi negeri, iaitu Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak, yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Antara penerima lain ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Abdul Rahman; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Pegawai Kewangan Negeri Perak, Encik Mohd Zaki Mahyuddin; pengarang urusan kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Encik Muzafar Shah Mustafa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >