Onn Hafiz: RM116j peruntukan pembangunan bakat perkukuh tenaga kerja Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Onn Hafiz: RM116j peruntukan pembangunan bakat perkukuh tenaga kerja Johor

Jan 20, 2026 | 4:11 PM

Onn Hafiz: RM116j peruntukan pembangunan bakat perkukuh tenaga kerja Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
johor, bakat, js-sez
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan), menyampaikan cenderamata kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (tengah), ketika mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Kementerian Sumber Manusia. Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (kiri). - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ GHAZI

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah memperuntukkan RM116.22 juta ($36.98 juta) kepada Kerajaan Johor bagi memperkukuh agenda pembangunan bakat negeri, merangkumi pembiayaan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata peruntukan berkenaan selari dengan lonjakan pelaburan di bawah Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) serta penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) sebagai platform penyelarasan keperluan bakat negeri.

“Peruntukan ini mencerminkan keseriusan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan Johor mempunyai ekosistem tenaga kerja yang kukuh, berkemahiran dan relevan dengan keperluan industri semasa.

“Saya juga merakamkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, serta Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, atas kesediaan berbincang dan menyelaras agenda pembangunan bakat Johor secara strategik dan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan pada 20 Januari.

Menurut Datuk Onn Hafiz, antara tumpuan utama perbincangan adalah penyediaan dana khas HRD Corp berjumlah RM20 juta bagi menyokong pelaksanaan JTDC, selain penggunaan levi HRD Corp bernilai RM13.02 juta untuk latihan teknikal yang lebih bersasar.

Beliau berkata Johor turut menerima peruntukan RM18.8 juta di bawah Skim Latihan Industri bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan, di samping RM1.4 juta melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bagi pelaksanaan Program MyMahir yang menumpukan pembangunan kemahiran masa depan.

Selain itu, tambahnya, sebanyak RM2 juta disalurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi penganjuran pameran kerjaya serta pengukuhan portal MyFutureJobs.

“Manakala Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan pembiayaan pinjaman berjumlah RM61 juta kepada lebih 2,300 pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Johor.

“Usaha ini selaras dengan matlamat memperluas akses latihan kemahiran secara menyeluruh dan bersasar, khususnya dalam bidang berimpak tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor yang menyokong ekosistem JS-SEZ,” katanya.

Datuk Onn Hafiz menegaskan, kerjasama erat antara Kerajaan Johor dengan Kerajaan Persekutuan itu bukan sekadar bertujuan menarik pelaburan, bahkan memastikan peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah stabil, berpendapatan tinggi dan mampu menjamin masa depan yang lebih terjamin buat warga Johor.

Sementara itu, Datuk Ramanan berkata Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor telah bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan bakat dan ekosistem kemahiran negeri itu secara lebih tersusun dan berimpak, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani serta keperluan industri semasa dan masa hadapan.

“Penekanan diberikan kepada penyelarasan dasar agar pembangunan modal insan di Johor dilaksanakan secara menyeluruh, berfokus dan mampu memenuhi permintaan industri bernilai tinggi,” katanya.

Datuk Ramanan berkata JTDC akan berperanan sebagai platform penyelarasan keperluan bakat negeri, selain peluasan dana pembiayaan oleh PTPK bagi memperkukuh agenda TVET sebagai pemacu utama kebolehpasaran pekerjaan, khususnya dalam sektor berimpak tinggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg