Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas maut tragedi pokok tumbang di Kedah

Oct 30, 2023 | 1:54 PM
TRAGEDI MALANG: Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Pokok Sena keluarkan mayat mangsa yang maut akibat tersepit dalam kenderaan yang dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Payong, Kampung Bukit Payong, Alor Setar, Kedah.
TRAGEDI MALANG: Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Pokok Sena keluarkan mayat mangsa yang maut akibat tersepit dalam kenderaan yang dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Payong, Kampung Bukit Payong, Alor Setar, Kedah. - Foto RTM

ALOR SETAR: Malang menimpa seorang warga emas yang ditemukan maut selepas kereta Hyundai yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang, pada Ahad petang.

Mangsa dikenali sebagai Encik Ooi Boon Khak, berusia 74 tahun, ditemui tidak sedarkan diri dan terperangkap dalam kereta miliknya di lokasi kejadian di Jalan Bukit Payong, Kampung Bukit Payong, Alor Setar, Kedah.

Kejadian disedari orang awam yang kemudian menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Encik Shahrin Musa, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.20 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Pokok Sena bergegas ke lokasi kejadian sebaik selepas menerima panggilan untuk melakukan tugas menyelamat.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Hyundai.

“Lelaki warga emas itu ditemui dalam kereta terbabit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada petang Ahad.

Encik Shahrin berkata usaha mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit menggunakan peralatan khas selain bantuan sebuah jentolak.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak Bomba melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tumbang menggunakan gergaji berantai sehingga selesai sepenuhnya pada 5 petang,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg