Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan dekat Legoland JB

Jun 19, 2024 | 7:51 PM
Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Persisiran Pantai JB-Nusajaya pada 18 Jun. Pemandu MPV tersebut iaitu seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tujuh lagi penumpang dalam kenderaan tersebut dihantar ke hospital.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Persisiran Pantai JB-Nusajaya pada 18 Jun. Pemandu MPV tersebut iaitu seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tujuh lagi penumpang dalam kenderaan tersebut dihantar ke hospital. - Foto JBPM Iskandar

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berdekatan taman tema Legoland, Lebuh Pesisiran Pantai JB-Nusajaya, pada 18 Jun.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh, ditukil sebagai berkata kepada media Malaysia bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan sekitar 10.30 malam.

Sebaik menerima panggilan berkenaan, beliau menambah satu pasukan keluaran operasi melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Rapid Rescue Vehicle (RRV) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dengan kekuatan sembilan anggota bomba dihantar ke lokasi.

Beliau berkata: “Setibanya pasukan bomba ke lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Volkswagen Passat dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

“Pemandu kenderaan Toyota Innova iaitu seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tujuh lagi penumpang dalam kenderaan tersebut dihantar ke hospital dengan ambulans sebelum bomba tiba.

“Pemandu kereta Volkswagen Passat mengalami kecederaan dan turut dihantar ke hospital.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg