Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bayi 2 bulan maut dalam nahas sebelum majlis akikah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bayi 2 bulan maut dalam nahas sebelum majlis akikah

Feb 28, 2024 | 11:52 AM



JASIN: Hasrat sepasang suami isteri untuk mengadakan majlis akikah anak bongsu berusia dua bulan di kampung halaman tidak kesampaian apabila bayi itu maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya terbabit dalam satu kemalangan melibatkan enam kenderaan.


Dalam nahas 11 pagi pada 27 Februari di Kilometer 184 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Jasin, Melaka, kejadian itu mengorbankan bayi mereka, Mohamad Sufyan Mohamad Shahizwan.

Bayi malang yang parah di kepala dan badan itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada 2.55 petang.

Ketua Polis Daerah Jasin, Timbalan Superintenden Ahmad Jamil Radzi, berkata kemalangan itu membabitkan treler muatan kereta, lori, tiga kereta dan sebuah pikap yang dalam perjalanan dari arah utara ke selatan.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 39 tahun hilang kawalan sebelum merempuh Perodua Ativa dinaiki Encik Mohamad Shahizwan Abd Hamid, 35 tahun, dan isteri, Cik Nurmadiha Nisa Suhaimi, 34 tahun, serta dua anak lelaki termasuk mangsa.

“Pelanggaran telah menyebabkan bayi mereka yang duduk di kerusi kanak-kanak di bahagian belakang cedera parah, manakala Encik Mohamad Shahizwan yang memandu kereta serta isteri dan seorang lagi anak lelaki berusia tiga tahun, tidak cedera.

“Treler itu turut merempuh empat lagi kenderaan iaitu lori, Ford Ranger, Perodua Myvi dan Mercedes Benz. Semua pemandu dan tiga penumpang selamat,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Ahmad Jamil berkata ketika kejadian, Encik Mohamad Shahizwan yang juga pegawai penyiasat trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dalam perjalanan ke Kluang, Johor, dan difahamkan bakal menganjur majlis akikah bayi mereka.

“Setakat ini polis sudah mengambil sampel darah pemandu treler untuk analisis kimia, namun ujian saringan air kencing belum dapat dilaksana kerana dia ditahan di hospital selepas mengalami tekanan darah rendah,” katanya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan di Georgetown, Pulau Pinang, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa lima minit untuk memotong besi tongkat sisi motosikal yang tertusuk di betis penunggang wanita dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Thean Teik, Georgetown, pada 27 Februari.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Encik Muhamad Noor Hisyam, berkata pasukannya menggunakan peralatan pemotong hidraulik bagi memotong besi tongkat motosikal yang tertusuk pada betis wanita berusia 54 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >