Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes perisik Israel ditahan di M’sia: Polis siasat ‘misi’ sebenar suspek

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes perisik Israel ditahan di M’sia: Polis siasat ‘misi’ sebenar suspek

Apr 01, 2024 | 12:29 PM



KUALA LUMPUR: Penahanan seorang lelaki disyaki perisik Israel di Malaysia pada 27 Mac lalu, dikesan cuba dimanipulasi oleh media negara berkenaan, dengan mengaitkan misi suspek ke Malaysia adalah untuk memusnahkan seteru dalam keluarga sebagai satu propaganda.


Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan ia bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis secara mudah sehingga dibuktikan.

Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan manipulasi itu menerusi laporan media Israel yang boleh dianggap sebagai usaha untuk mengalih perhatian mengenai sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia.

“Kita maklum tentang penyiaran laporan media Israel yang mendakwa kehadiran suspek ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru di negara ini.

“Pada masa ini, siasatan PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menjurus kepada semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Tan Sri Razarudin mengulas laporan The Times Of Israel pada 30 Mac yang mendakwa lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada 27 Mac, adalah berkaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers.


Menurut laporan itu, suspek yang dikenal pasti sebagai Shalom Avitan, dipercayai mempunyai misi untuk membunuh Eran Haya, iaitu ketua keluarga daripada kumpulan penjenayah seterunya.

Tan Sri Razarudin berkata polis masih menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara itu.

“Malah, kita juga tidak boleh mengetepikan ancaman suspek terhadap pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan pemimpin Hamas atau pegawai tertinggi kerajaan asing, selain keselamatan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Suspek dikesan masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu menggunakan pasport Perancis.

Terdahulu, PDRM turut menahan pasangan suami isteri di bazar Ramadan di Kuala Selangor kerana disyaki membekalkan senjata api kepada suspek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >