Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki pandu kereta mewah Lamborghini di KL tanpa lesen disaman

Apr 9, 2025 | 12:34 PM
Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap kereta mewah Lamborghini yang ditahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, pada malam 8 April.
Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap kereta mewah Lamborghini yang ditahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, pada malam 8 April. - Foto HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki pencipta kandungan memandu sebuah kereta mewah Lamborghini tanpa lesen membawa padah apabila disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Jalan Bangsar, di sini, pada malam 8 April.

Terdahulu ketika pemeriksaan melalui Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang bermula 8 malam pada 8 April, pegawai penguat kuasa JPJ meminta lelaki itu mengemukakan lesen memandu sah.

Pemandu itu yang difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Damansara Heights bersama seorang individu dikatakan kekasihnya, bagaimanapun mengaku tidak memiliki dokumen terbabit.

Namun, lelaki itu mengemukakan pasport miliknya kepada pegawai terbabit dan mendakwa sudah menetap di negara ini sejak tujuh tahun lalu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Encik Hamidi Adam, berkata lelaki itu adalah antara 211 pemandu yang diambil tindakan dalam operasi bersepadu dilaksanakan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata operasi itu membabitkan kekuatan 115 pegawai dan anggota yang menjalankan pemeriksaan terhadap 1,627 kenderaan secara keseluruhan.

“JPJ Kuala Lumpur mengeluarkan 463 notis atas pelbagai kesalahan, antaranya cukai jalan dan insurans tamat tempoh, tiada lesen memandu serta mengubah suai kenderaan.

“Sebanyak 26 kenderaan disita. Kesemua kenderaan disita itu dibawa ke JPJ Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan, lapor Harian Metro.

Dalam pada itu, Encik Hamidi berkata JSPT Kuala Lumpur turut mengeluarkan 30 notis terhadap pemandu kenderaan atas pelbagai kesalahan, manakala Imigresen pula menahan tiga warga Indonesia termasuk dua wanita, dan AADK menahan tiga individu selepas hasil ujian saringan mendapati mereka positif dadah jenis ganja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg