Letak MB Johor sebagai poster boy?: Ketua Pemuda Umno persoal cabaran Amanah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letak MB Johor sebagai poster boy?: Ketua Pemuda Umno persoal cabaran Amanah

Jan 30, 2026 | 3:15 PM

Letak MB Johor sebagai poster boy?: Ketua Pemuda Umno persoal cabaran Amanah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh. - Foto FACEBOOK AKMAL SALEH

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh, mempersoalkan cabaran Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang mahukan Umno Johor meletak Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau sebagai ‘poster boy’ (wajah yang menjadi simbol utama pergerakan) Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Merlimau, berkata kawasannya berada di dalam negeri Melaka, bukan Johor.

“Jadi nak cabar Umno Johor letak Adun Melaka jadi Menteri Besar Johor macam tak betul.

“Dan satu lagi nak cabar Umno Johor letak Datuk Onn Hafiz sebagai ‘poster boy’ dah kenapa? Dah memang dia Menteri Besar Johor sekarang bukan sekadar ‘poster boy’ jer Mat. Aduh kesian dia ni,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada 29 Januari.

Beliau menjawab cabaran Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Johor, Encik Fadhli Umar Aminolhuda, yang membuat cabaran tersebut pada 28 Januari.

Encik Fadhli berkata ‘poster boy’ BN itu boleh diletakkan khususnya di kerusi-kerusi campuran dan majoriti bukan Melayu seperti kawasan Yong Peng dan Pekan Nanas di Johor.

“Cabaran ini saya kemukakan secara terbuka. Saya harap Umno dan BN Johor berani menyahutnya,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Exco Pemuda Amanah Pusat itu berkata cabaran tersebut dibuat selepas kenyataan Ketua Pemuda Umno Johor, Encik Noor Azleen Ambros, berhubung isu ‘poster boy’ atau calon Menteri Besar Johor daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor nanti.

Terdahulu, Encik Noor Azleen mencabar PH menamakan calon Menteri Besar Johor, susulan kesediaan parti itu, bertanding semua kerusi mengikut konsep ‘free for all’ (bebas untuk semua) pada PRN akan datang.

Encik Noor Azleen dilaporkan berkata rakyat Johor pastinya berminat untuk mengetahui ‘poster boy’ atau calon menteri datang dari gabungan itu.

Pada PRN Johor 2022, menyaksikan BN menguasai 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PH menang 12 kerusi diikuti Perikatan Nasional (3) dan satu oleh Muda.

Pada 2025, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dilaporkan berkata PRN Johor hanya akan diadakan selewat-lewatnya pada April 2027, sejajar dengan tempoh penggal pentadbirannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg