Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahathir akui boleh kembali bekerja

Jul 14, 2025 | 3:52 PM
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad, menyertai program, ‘Picnic & Potluck’, pada 13 Julai dan beliau kemudian dilihat dalam keadaan keletihan dan dibawa ke hospital pada hari sama. - Foto FACEBOOK DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ‘bekerja’ selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan ketika menyertai program, ‘Picnic & Potluck’, pada 13 Julai.

Menerusi rakaman video dimuat naik di akaun media sosialnya pada 14 Julai, mantan Perdana Menteri Malaysia berusia 100 tahun itu turut memohon maaf kerana tidak dapat menyertai acara berkenaan.

“Saya mohon maaf kerana semalam (13 Julai) saya tak dapat bersama waktu kita ada ‘picnic’ yang mana ramai orang yang hadir... tetapi oleh kerana saya rasa terlalu letih dan terpaksa berehat.

“Doktor suruh pergi hospital, saya pergilah hospital tapi sekejap sahaja di hospital.

“Sekarang ini selepas dirawat dengan doktor dan saya boleh teruskan cara hidup saya, iaitu bekerja,” katanya menerusi rakaman video terbabit.

Menerusi rakaman video yang sama, Dr Mahathir, dilihat berada dalam keadaan baik, selain mengadakan tinjauan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

BHM pada 13 Julai melaporkan Dr Mahathir terpaksa meninggalkan program, ‘Picnic & Potluck’, lebih awal, selepas dilaporkan sedikit keletihan.

Program berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada 12 Julai.

Susulan itu, mantan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu dimasukkan ke IJN pada 10 pagi sebelum dibenarkan keluar pada 5 petang pada 13 Julai.

Sebelumnya, Dr Mahathir, tiba pada 7.45 pagi bagi program, ‘Picnic & Potluck’, dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal yang boleh dinaiki dua orang di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.

Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

Beliau dilihat meninggalkan program sebelum sempat beramah-tamah dan bergambar dengan orang ramai yang hadir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg