Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Majlis Pimpinan Pusat Keadilan kutuk perbuatan hina agama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Majlis Pimpinan Pusat Keadilan kutuk perbuatan hina agama

Mar 25, 2024 | 11:08 AM



KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pusat Keadilan meminta semua pihak bersikap rasional dan tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang, berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.


Ketua Penerangan Keadilan, Encik Fahmi Fadzil, berkata isu yang menjadi satu daripada agenda dibincangkan pada mesyuarat majlis tersebut yang diadakan pada 24 Mac, melihat jalan terbaik bagi penyelesaian isu ini ialah memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman yang sewajarnya.

“Majlis Pimpinan Pusat Keadilan turut membincangkan isu nasional termasuk mengenai stoking yang tertera nama Allah. Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berpendapat sebarang usaha penghinaan terhadap kesucian Islam sebagai agama rasmi negara satu kesalahan besar dan bertentangan dengan perundangan negara.

“Majlis Pimpinan Pusat Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seumpama ini dan meminta agar pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman ke atas pelakunya, jika terbukti bersalah,” katanya dalam satu kenyataan lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Fahmi berkata perbuatan menangguk di air yang keruh berhubung isu itu hanya akan merosakkan lagi keadaan.

Tegasnya, semua tindakan harus berlandaskan undang-undang, bukan didorong emosi dan amarah.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan daripada itu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf berhubung penjualan stoking terbabit di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dalam mesyuarat itu turut meminta semua pihak menjaga kesucian bulan Ramadan dan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu sempadan supaya kes seumpamanya tidak berulang.

“Majlis Pimpinan Pusat Keadilan juga berpendapat penghinaan terhadap mana-mana agama juga satu kesalahan dan menyalahi undang-undang.

“Perbuatan seumpama itu hanya akan merobek keutuhan harmoni yang menjadi tonggak kehidupan bersama aman damai rakyat Malaysia,” katanya.

Encik Fahmi turut memaklumkan, mesyuarat itu turut membuat keputusan mengenai beberapa hal berkaitan parti. Ini termasuk meluluskan penganjuran Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan yang akan diadakan 28 April depan di Shah Alam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >