Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Stoking tertera kalimah Allah: Anwar arah tindakan segera ikut undang-undang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Stoking tertera kalimah Allah: Anwar arah tindakan segera ikut undang-undang

Mar 21, 2024 | 01:18 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu tindakan segera diambil berlandaskan undang-undang berhubung isu jualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka, KK Mart.


Beliau berkata tindakan perlu diambil supaya tidak ada penghinaan terhadap agama, khususnya Islam.

“Pandangan saya jelas. Ada laporan, ada keterlanjuran, mesti ada tindakan segera. Kemudian keputusan ikut jalur hukum dan maju terus.

“Kenapa kita perlu terperangkap dalam isu yang berpanjangan? Ada laporan, ambil tindakan. Jangan ada penghinaan terhadap agama, apatah lagi Islam,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM), selepas Majlis Berbuka Puasa Madani bersama Petugas Media di Putrajaya.


Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) kemudian memohon maaf berhubung penjualan stoking berkenaan di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, turut menzahirkan rasa murka serta perasaan dukacita berhubung isu berkenaan.

Ditanya mengenai tindakan segelintir pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan yang bertikam lidah berhubung isu berkenaan, Datuk Anwar berkata semua boleh memberi pandangan, namun tidak boleh terlanjur atau mengikut pemikiran yang sempit.

“Kita membolehkan (memberi pandangan dan teguran). Cuma nasihat saya jangan terlanjur atau mengikut pemikiran sempit masing-masing,” katanya.

Sementara itu Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Johor, membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, yang terpalit dengan kontroversi membabitkan pengedaran stoking tertera kalimah Allah itu.

Tindakan diambil MPBP itu selaras dengan peruntukan undang-undang.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, ia dilakukan selepas syarikat terbabit didapati melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.

Notis itu diserahkan Yang Dipertua MPBP, Encik Ezahar Abu Sairin, kepada Pengarah Urusan syarikat itu, Encik Soh Hui San, di Menara MPBP, Jalan Rugayah, Batu Pahat, pada 20 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata operasi bersepadu besar-besaran telah diadakan di semua 10 daerah di Johor dan setakat ini 80 premis termasuk KK Mart diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada 20 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >