Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Isu stoking: Polis M’sia ingatkan orang ramai usah ambil tindakan sendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu stoking: Polis M’sia ingatkan orang ramai usah ambil tindakan sendiri

Mar 22, 2024 | 05:20 PM



KUALA LUMPUR: Bukit Aman memberi peringatan yang polis tidak akan teragak-agak bertindak terhadap mana-mana pihak yang mengambil tindakan sendiri berhubung isu penjualan stoking memaparkan kalimah Allah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata orang ramai menyerahkan soal penguatkuasaan undang-undang kepada polis.

Beliau turut menggesa orang Islam di Malaysia agar lebih bersabar, terutama ketika bulan Ramadan.

“Kita sudah siasat dan sudah ambil tindakan bawah undang-undang. Biarlah kerja menguatkuasa undang-undang diserahkan kepada pihak berwajib.

“Jika ambil tindakan sendiri, ia tak akan redakan keadaan, sebaliknya memburukkan keadaan.

“Ini bulan puasa yang barakah. Ya, kita (orang Islam) tersentuh tetapi negara kita ada undang-undang,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman pagi 22 Mac, lapor Malaysiakini.


Datuk Shuhaily diminta mengulas insiden berkaitan penjualan stoking tersebut baru-baru ini, yang menyaksikan ada kumpulan yang berdepan dengan individu yang membuat komen yang dianggap menghina kepada orang Islam.

Ini termasuk melibatkan seorang lelaki di Kuala Lumpur, yang memohon maaf dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mungkin anggota pertubuhan silat.

Maklumat peribadi lelaki terbabit juga disebarkan meluas di media sosial, termasuk alamat dan nombor telefonnnya.

Pada 22 Mac, lelaki berusia 35 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM12,000 ($3,408) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Datuk Shuhaily memberi jaminan polis menyiasat setiap laporan yang dibuat.

“Sekiranya berlaku jenayah, ugutan dan sebagainya, maka ya (tindakan tegas akan diambil). Atau jika ada laporan polis (terhadap mereka).

“Negara ini ada undang-undang. Anda langkaui undang-undang, anda kena bayar harganya,” tegasnya.

Datuk Shuhaily turut menasihati tokoh agama di Malaysia agar tidak mengapi-apikan isu tersebut, terutama selepas pihak berkuasa mengambil tindakan.

Mereka perlu memainkan peranan untuk meredakan keadaan, bukannya memarakkan lagi kemarahan, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >