Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Majlis tunang jadi kenduri arwah selepas lelaki lemas di Sungai Terengganu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Majlis tunang jadi kenduri arwah selepas lelaki lemas di Sungai Terengganu

Feb 06, 2024 | 06:35 PM



KUALA NERUS: Seorang lelaki berusia 24 tahun, yang ditemui lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, Terengganu, sepatutnya melangsungkan pertunangannya pada Sabtu, 9 Februari ini dengan semua persiapan majlis berkenaan sudah siap ditempah.

Allahyarham Ahmad Yusuf Din, yang dilaporkan sedang bermain bot kawalan jauh bersama seorang teman lewat malam 5 Februari, ditemui lemas di tempat kejadian pada tengah malam kemudian.

Bapa arwah, Encik Din Ismail, 68, berkata semua persiapan majlis berkenaan di pihak keluarga perempuan di Kampung Paloh, Kuala Terengganu sudah diatur, namun kini terpaksa dibatalkan.

“Majlis (bertunang) terpaksa dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis kenduri arwah,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia di rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari jeti nelayan kampung berkenaan, pada 6 Februari petang.


Jenazah anak ke-10 daripada 12 beradik itu disembahyangkan di masjid kampung berkenaan kira-kira 150 meter dari rumahnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Kampung Bukit Tumbuh selepas solat zuhur pada 6 Februari, kira-kira jam 2 petang.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Encik Din yang mengusahakan kilang menerap batik berkata, arwah anaknya dikatakan setiap malam bermain bot kawalan jauh di sungai berkenaan bersama rakan karibnya yang tinggal berjiran selepas menunaikan solat isyak.

“Sudah ajal dia malam tadi sebab malam-malam sebelum ini pun dia pernah bermain bot (kawalan jauh) bersama rakan karibnya. Nak jadi sebab bot dia mengalami kerosakan dan hanyut jauh dari jeti menyebabkan dia (arwah) terpaksa berenang untuk mengambil bot berkenaan.

“Arwah dikatakan sudah berjaya mencapai botnya tetapi pada masa yang sama dia mengalami kekejangan otot.

“Walaupun sedih dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba, namun semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.

“Sebelum ini arwah jarang ke kawasan sungai tetapi disebabkan hobi barunya (bermain bot kawalan jauh) sejak tiga bulan lalu, arwah boleh dikatakan kerap ke kawasan sungai bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dipercayai berlaku, Encik Din berada di Masjid Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu kerana mengikuti jemaah tabligh dari Jawa Tengah, Indonesia di masjid berkenaan sehingga 7 Februari.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan anak yang datang ke masjid sekitar 11 malam selepas gagal menghubungi saya menerusi telefon.

“Kebetulan telefon saya tertinggal dalam kereta dan saya segera pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Alhamdulillah, syukur kerana mayat anak ditemukan dengan cepat. Kami sangat berterima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat serta lain-lain agensi penyelamat lain serta penduduk kerana bertungkus lumus mencari anak sehingga mayatnya ditemui,” katanya.

Portal keluaran NSTP melaporkan, keseronokan dua sahabat bermain bot kawalan jauh di Sungai Terengganu dekat Kampung Bukit Tumbuh, di Kuala Terengganu, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, sekitar 12.56 tengah malam pada 6 Februari.

Mangsa dipercayai lemas selepas mengalami kekejangan otot ketika berenang untuk mengambil bot kawalan jauh miliknya yang mengalami kerosakan.

Rakan arwah, Encik Muhammad Danial Hafriz Abdul Halim, 26, yang menyaksikan kejadian itu cuba berenang untuk menyelamatkan arwah namun gagal dan hampir lemas sebelum berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >