Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pengantin baru M’sia meninggal dunia akibat kemalangan sehari selepas bernikah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengantin baru M’sia meninggal dunia akibat kemalangan sehari selepas bernikah

Dec 20, 2023 | 11:23 AM



SUNGEI BULOH - Malang tidak berbau untuk pasangan yang baru bergelar pengantin pada 17 Disember, Encik Norsyam Nasullah Rahim, 23 dan isterinya Cik Aini Hayati Mohd Radzi, 22 apabila kenderaan yang dinaiki bertemu dengan kemalangan hanya sehari selepas bernikah, dan telah meragut nyawa Encik Norsyam.

Pasangan itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah butik di Kuala Lumpur untuk memulangkan baju pengantin yang disewa. Kira-kira pada 10 malam, kereta Perodua Bezza yang dipandu Encik Norsyam bertembung dengan dua buah kereta lain dan menyebabkan Cik Aini patah kaki dan cedera di dagunya.

Abang kepada Cik Aini Hayati, Encik Muhd Aiman, 25, berkata keluarga baru meraikan majlis perkahwinan pasangan itu di Dewan Seri Bernam, di sini, sebelum pengantin baru berkenaan terbabit nahas pada keesokannya.

Katanya, beliau dan keluarga mendapat maklumat berhubung kemalangan itu melalui laman Facebook, selain dihubungi rakan Aini Hayati yang turut memaklumkan perkara sama.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kajang dan Pihak hospital kemudian memaklumkan bahawa suami adik telah meninggal dunia, manakala adik pula dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” kata Encik Aiman.

Menurut Encik Aiman lagi, Allahyarham Norsyam Nasullah yang baru dikenalinya selepas bertunang dengan Aini Hayati, tahun ini, adalah seorang yang pemalu tetapi baik dan peramah.

“Saya terkejut dengan kemalangan itu tetapi ia sudah ketentuan Allah SWT. Jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Hospital Tanjong Karang sebelum dibawa pulang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, untuk dikebumikan,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas terbabit pada 10.05 malam.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian yang menyaksikan seorang maut dan lapan lagi cedera.

Mereka cedera termasuk seorang individu awam, Encik Mohd Azizi Faez Mohamad Alias, 33, yang dilaporkan parah akibat dilanggar Nissan Almera ketika membantu mangsa kemalangan Perodua Bezza dan Honda City.

“Menurut laporan awal, nahas itu membabitkan kereta Perodua Bezza, Nissan Almera dan Honda City. Semua mangsa yang cedera dibantu orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Malangnya, Encik Mohd Azizi Faez, meninggal dunia pada 19 Disember semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Encik Ramli Kasa pula mengesahkan kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Bezza terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Honda City.

“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta Perodua Bezza dari arah Klang menuju ke arah Teluk Intan dipercayai gagal mengawal kenderaannya menyebabkan kereta itu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta Honda City.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Perodua Bezza terbalik dan masuk ke lorong kanan jalan. Pada masa sama, datang kereta Nissan Almera yang gagal mengelak lalu melanggar sisi kanan kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 Disember.

Beliau berkata, perlanggaran itu juga mengakibatkan kereta Perodua Bezza terseret sejauh kira-kira 11 meter dan pemandunya mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu kereta Honda City membabitkan seorang wanita berusia 30-an pula patah kaki kanan, manakala lelaki berumur 50-an yang memandu kereta Nissan Almera pula hanya cedera ringan.

Encik Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >