Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Mak cik kerepek pisang Ipoh’ raih jualan RM20,000 sebulan

Apr 29, 2025 | 4:27 PM
Nor Haslinda menerima bimbingan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk menghasilkan kerepek pisang di bawah jenama Kerepek Pisang Sedap Alif Ain AA Enterprise.
Nor Haslinda menerima bimbingan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk menghasilkan kerepek pisang di bawah jenama Kerepek Pisang Sedap Alif Ain AA Enterprise. - Foto BH ONLINE

IPOH: Perusahaan kerepek pisang dijalankan terus berkembang dan mampu memperoleh pendapatan lumayan ketika ini menguatkan azam Cik Nor Haslinda Kamarudin, 49 tahun, membantu usahawan wanita kecil lain.

Bermula dengan memperoleh bekalan pisang terus daripada pekebun, kemudian memprosesnya menjadi kerepek, Cik Nor Haslinda bersama suami, Encik Mohd Hasmirizal Ahmad, 46 tahun, dengan bantuan dua anak mereka, menggunakan aplikasi media sosial untuk memasar, mengedar dan mempromosi produk dihasilkan.

Menurutnya, penggunaan media sosial, terutama TikTok sejak dua tahun lalu bagi mencipta kandungan mengenai pembuatan kerepek pisang dan perniagaannya, berupaya melonjakkan hasil jualan.

Justeru, menggunakan medium sama, beliau turut membantu mempromosikan perniagaan rakan usahawan wanita lain dengan hasrat mereka juga dapat memperoleh rezeki lebih baik.

Cik Nor Haslinda yang menggunakan tanda pagar (hashtag) ‘Mak cik kerepek pisang Ipoh’ berkata media sosial TikTok miliknya dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan perolehan jualan dan juga membantu usahawan wanita lain supaya turut maju.

“Saya usahawan di bawah bimbingan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan agensi ini banyak membantu saya dari segi bimbingan dan modal hingga mencapai tahap ini. Pada masa sama, saya turut dibantu Jabatan Pertanian.

“Alhamdulillah jualan kerepek pisang saya sudah menembus masuk dua vendor yang membuka gerai dalam kawasan pusat beli-belah di Ipoh dan kedai menjual snek dan kacang terkenal di Buntong,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Katanya, keputusan suaminya bersara awal sebagai wadar Jabatan Penjara sejak tiga tahun lalu dan fokus kepada perniagaan kerepek di bawah jenama Kerepek Pisang Sedap Alif Ain AA Enterprise, berbaloi apabila jualan bersih mencecah RM20,000 ($6,047) sebulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg