Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mamat Exist diperintah jalani rawatan psikiatri di hospital JB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mamat Exist diperintah jalani rawatan psikiatri di hospital JB

Jan 23, 2024 | 04:13 PM



JOHOR BAHRU: Vokalis kumpulan Exists, Mamat, atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin, 46 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru pada 23 Januari, atas dua tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.


Mamat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Cik Fatimah Zahari, dan Majistret, Cik Hidayatul Syuhada Shamsudin, sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut tuduhan pertama, penyanyi lagu ‘Untukmu Ibu’ itu didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine, kira-kira 2 pagi pada 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Mamat juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada 2016 dan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) akta sama.

Prosiding pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela, Cik Azlina Abdul Aziz.

Bagi tuduhan kedua, Mamat didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram pada 11.35 malam di Taman Perling pada 8 September 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Nur Aqillah Ahmad Rofaei.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru kemudian memerintahkan Mamat dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru, bagi menjalani rawatan psikatri bermula 23 Januari.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Majistret Johor Bahru, terhadap penyanyi ‘Rahsia Pohon Cemara’ itu semasa pendakwaan bagi dua tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.

Mamat ketika ditemui semasa diiring keluar daripada mahkamah memaklumkan dia akan dihantar bagi menjalani rawatan itu.

“Semoga peminat dapat beri sokongan untuk saya teruskan dalam aktiviti seni selepas ini,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 23 Januari.


Peguam Mamat, Cik Azlina, berharap anak guamnya itu diberi peluang kedua.

Katanya, Mamat ditahan pada 7 Januari lalu ketika bersama seorang rakan pada 2 pagi di Taman Perling, Johor Bahru, semasa pemeriksaan biasa polis.

Semasa ditahan dan diperiksa, anak guamnya itu bebas bahan terlarang, namun berada dalam senarai dikehendaki berikutan kes dadah lama pada 2019.

“Kita doakan untuk Mamat. Hari ini akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun hidap penyakit mental, dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapat suntikan ubat.

“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari ini untuk tarikh keputusan laporan perubatan psikiatri. Saya percaya Mamat boleh (berubah) kita tahu dia banyak kes tetapi percaya peluang kedua.

“Kes yang didakwa Mamat pada hari ini adalah kes lama, yang sebelum ini diberi jaminan polis, tetapi tidak diteruskan atas sebab pegawai penyiasat mengalami kemalangan teruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >