Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan meningkat

Dec 20, 2025 | 11:08 AM
Penduduk terpaksa menggunakan pengangkutan bot untuk menghantar ke sekolah dkanak-kanak selepas kediaman mereka dikatakan dinaiki air di Kampung Lanchang.
Penduduk terpaksa menggunakan pengangkutan bot untuk menghantar ke sekolah dkanak-kanak selepas kediaman mereka dikatakan dinaiki air di Kampung Lanchang. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan pagi 20 Disember, sementara angka di Pahang terus menurun dan di Johor kekal.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di dua daerah meningkat kepada 1,391 orang daripada 369 keluarga setakat jam 9 pagi ini, berbanding 1,202 orang daripada 340 keluarga petang 19 Disember.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPB) Terengganu, daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,140 orang daripada 298 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS, manakala di Dungun sebanyak 151 mangsa daripada 71 keluarga ditempatkan di dua PPS, iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

Berdasarkan laman publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di tiga stesen sungai melepasi tahap berjaga-jaga, iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu; Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu; serta Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1).

Sementara itu, di Kelantan, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 77 mangsa daripada 23 keluarga setakat pagi ini berbanding 74 mangsa daripada 22 keluarga pada 19 Disember.

Semua mereka ditempatkan di empat PPS di Kuala Krai, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Laloh, SK Lela Jasa, SK Manek Urai Lama dan Madrasah Manek Urai Lama.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan dengan 11,166 orang daripada 3,677 keluarga ditempatkan di 68 PPS pagi 20 Disember berbanding 12,226 orang daripada 4,052 keluarga di 79 PPS petang 19 Disember.

Menurut Infobencana JKM, Kuantan masih merekodkan jumlah paling tinggi mangsa terjejas, iaitu sebanyak 9,645 orang ditempatkan di 44 PPS.

Daerah lain yang terjejas ialah Pekan dengan 1,045 orang di 10 PPS, Rompin (226 orang di tiga PPS), Jerantut (154 orang di empat PPS), Temerloh (53 orang di tiga PPS), Maran (21 orang di dua PPS), Bera (17 orang di satu PPS) dan Lipis (lima orang di satu PPS).

Di Johor, jumlah mangsa yang masih ditempatkan di tiga PPS di Mersing kekal 356 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi 20 Disember.

Pengerusi JPBN Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar yang menempatkan 148 mangsa daripada 36 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching (139 mangsa daripada 44 keluarga) dan SK Labong (69 mangsa daripada 13 keluarga).

“Selain itu, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dilaporkan telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 8.80 meter, namun cuaca diramalkan cerah di semua 10 daerah pagi ini,” katanya dalam kenyataan 20 Disember. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg