Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mantan PM, Menteri Kewangan M’sia terbabit kes bekal kenderaan kerajaan akan disiasat: Ketua SPRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mantan PM, Menteri Kewangan M’sia terbabit kes bekal kenderaan kerajaan akan disiasat: Ketua SPRM

Feb 06, 2024 | 03:40 PM



KUCHING (Sarawak): Semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) sejak syarikat berkenaan beroperasi pada 1990-an akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata ia termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.

Beliau berkata keterangan daripada semua yang terbabit itu perlu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


“Kita akan panggil sesiapa saja yang membuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk memberi projek kepada Spanco.

“Kita lihat sejarah penubuhan syarikat itu pada 1998 atau 1999, jadi sesiapa saja yang terbabit ketika itu termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan panggil untuk rekod kenyataan dan mengetahui apa yang mereka tahu berkenaan kes,” katanya pada sidang media selepas Program Cakna Rasuah Bersama Pengamal Media Sarawak, di sini, pada 6 Februari.

Pada 5 Februari, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan kontrak perolehan Spanco hanya merugikan negara.

Katanya, beliau tahu kontrak terbabit juga tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan dan beliau tegas terhadap Spanco itu sejak menjadi Menteri Kewangan.

BHM sebelum ini melaporkan, SPRM menyiasat sebuah syarikat yang memperoleh kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.

Difahamkan, SPRM sudah merakamkan keterangan beberapa saksi penting termasuk daripada agensi kerajaan dan individu daripada syarikat terbabit yang sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion ($1.27 bilion).

SPRM sebelum ini juga menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an tahun serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan yang menyebabkan pembekuan akaun bank seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Tan Sri Azam berkata ketika ini tiada pendakwaan dijalankan kerana pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan dan pegawai penyiasat masih memeriksa fakta kes.

Isu ini yang dilaporkan kepada SPRM ialah apabila terjadi pertikaian selepas pembatalan kontrak pada satu syarikat lain dan macam mana pula Spanco mendapat kontrak dari dulu hingga sekarang, itu fokus siasatan sekarang.

“Kita sudah memanggil lebih 20 individu dan juga sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan dalam kes itu,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >