Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SPRM siasat pentadbiran dua bekas PM M’sia, babit dana RM700j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

SPRM siasat pentadbiran dua bekas PM M’sia, babit dana RM700j

Jan 03, 2024 | 01:12 PM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan dua Perdana Menteri pada pentadbiran terdahulu, berkaitan dana RM700 juta ($201.2 juta) bagi tujuan promosi dan publisiti.


Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tahun 2020 hingga 2022.

Berita Harian Malaysia (BHM) yang memetik satu sumber berkata pasukan SPRM sudah ke Kementerian Kewangan (MOF) pada 2 Januari dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menjalankan siasatan.


Malah pihak SPRM juga sudah mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan.

“SPRM sudah memulakan siasatan awal berhubung isu membabitkan penggunaan wang
sebanyak RM700 juta yang dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022 ketika pentadbiran dua Perdana Menteri sebelum ini.

“Siasatan dibuat berdasarkan maklumat awal yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen (AP) Batu, Encik P Prabakaran, pada November tahun lalu (2023).

“Encik Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini,” kata Datuk Hishamuddin.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Perbelanjaan berkenaan digunakan dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.

Terdahulu, SPRM dilaporkan berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengenai perbelanjaan itu, malah akan memanggil bekas pemimpin tertinggi kerajaan berhubung siasatan itu.

Pada 2 Januari, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan BHM bahawa beliau belum menerima sebarang panggilan daripada SPRM berhubung siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan itu.


Pada 30 Disember 2023, BHM melaporkan polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.


Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil, pula sebelum itu menulis di catatan media sosial X, berhubung perbelanjaan itu dan berkata rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan dua kerajaan terdahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >