Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat lelaki S’pura ditemui dalam gaung di Pulau Pinang

Mar 14, 2024 | 10:17 AM
Mayat lelaki warga negara Singapura dikeluarkan dari gaung selepas satu kemalangan.
Mayat lelaki warga negara Singapura dikeluarkan dari gaung selepas satu kemalangan. - Foto NEW STRAITS TIMES

Mayat lelaki warga Singapura, Encik Chew Wei Fung, 29 tahun, telah ditemui dari dalam gaung sedalam 45 meter di Pulau Pinang pada 12 Mac.

Beliau dilaporkan hilang pada 9 Mac. Encik Chew kali terakhir menghubungi keluarganya selepas melawat kematian lain pada hari itu, mengatakan beliau dalam perjalanan pulang ke Alor Vista dekat Relau.

Menurut akhbar New Straits Times, beliau sedang berbual dengan rakan-rakannya di WeChat semasa dalam perjalanan pulang sebelum terdiam.

Seorang pejalan kaki memaklumkan pihak berkuasa selepas meninjau tempat kejadian kemalangan kira-kira jam 1 tengah hari pada 12 Mac.

Anggota bomba yang menarik mayat Encik Chew keluar dari gaung itu berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dada dan mukanya. Beliau ditemui di luar kereta, milik teman wanitanya.

“Mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan sebelum kenderaan itu terjunam ke dalam gaung,” kata Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Encik Muzzamer Mohd Salleh menurut petikan dari akhbar Malay Mail.

“Bagaimanapun, mayatnya ditemui di luar kenderaan, dia mungkin tercampak keluar atau mangsa keluar sendiri dari kenderaan yang dirempuh.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg