Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat siswa universiti ditemui tersangkut celah batu

May 17, 2025 | 8:26 AM
lemas, UniSza, bombaNN
Anggota penyelamat membawa mayat pelajar UniSZA, Encik Abed Mifzal Azman, yang menjadi mangsa kepala air di Lata Payung. - Foto ihsan BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SETIU

SETIU: Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dilaporkan hilang dihanyutkan kepala air selepas berkelah bersama enam rakan di Hutan Lipur Lata Payung, Sungai Tong, ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris mengesahkan perkara itu.

Mangsa, Encik Abed Mifzal Azman, 22 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 malam pada 17 Mei pada jarak satu kilometer dari lokasi terakhir beliau dilihat, lapor Berita Harian Malaysia (BHM)

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu,” katanya ketika dihubungi.

Encik Mohd Zain berkata tinjauan di Lata Payung mendapati kawasan itu tidak selamat untuk aktiviti riadah buat masa ini kerana cuaca tidak menentu dan dikatakan sering berlaku kepala air.

“Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai atau lata di Setiu buat masa ini untuk mengelak risiko,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Encik Mohd Sarizan Mohammad Sapawi berkata Encik Abed Mifzal ditemukan tersangkut pada celah batu oleh penduduk kampung.

“Operasi membawa keluar mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit, dengan bomba membawa naik mangsa menggunakan pengusung khas dari tebing setinggi kira-kira 2.5 meter dari lokasi ditemukan,” katanya.

Terdahulu mangsa berasal dari Johor Bharu dan pelajar jurusan pengurusan perniagaan yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras akibat kepala air kira-kira sekitar 5.15 petang.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai berada di atas batu berhampiran tebing sungai dan cuba menyelamatkan diri ketika kepala air melanda, namun dihanyutkan arus deras.

Pada 13 Mei lalu, seorang penuntut UniSZA, Encik Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24 tahun, turut lemas selepas mandi di kawasan air terjun Lata Changkah di Setiu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg