Mayat wanita dikerat di Sabah: Bapa, anak ditahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat wanita dikerat di Sabah: Bapa, anak ditahan

Feb 13, 2026 | 1:06 PM

Mayat wanita dikerat di Sabah: Bapa, anak ditahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, bunuh, bapa, anak, Sabah
Tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Kota Kinabalu Sabah, menjadi kawasan tumpuan untuk pasukan polis mencari cebisan mayat seorang wanita yang dikerat beberapa bahagian pada 12 Februari. - Foto NSTP

KOTA KINABALU (Sabah): Suspek utama kes pembunuhan kejam wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Taman Indah Permai, Kota Kinabalu, Sabah, mengaku terbabit dalam kejadian itu.

Motif dipercayai berakar daripada konflik hubungan peribadi dan isu tuntutan wang pertunangan yang putus.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat awal selepas polis menahan suspek utama, lelaki tempatan berusia 71 tahun, dan anak lelakinya berusia 19 tahun, pada 12 Februari.

“Suspek utama (lelaki 71 tahun) mendakwa pembunuhan itu berkait konflik hubungan peribadi antara suspek dengan mangsa.

Ia termasuk isu tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka dipercayai putus kerana mangsa sudah berkahwin dengan individu lain.

“Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran antara suspek dengan mangsa sehingga membawa kepada kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada 13 Februari, lapor Harian Metro.

Menurutnya saksi melihat mangsa berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki, petunjuk penting dalam siasatan.

“Susuan itu, pada 8.10 malam 12 Februari, polis menahan suspek utama di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) bagi membantu siasatan lanjut.

“Kemudian seorang lagi lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan pada 10.30 malam di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar, kerana dipercayai terlibat,” katanya.

Polis merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dipercayai dipakai semasa kejadian, dan sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail berwarna keemasan untuk siasatan forensik.

“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Terdahulu, media Malaysia melaporkan mayat wanita berusia lingkungan 40-an tahun ditemukan dalam keadaan anggota badan dikerat dan dibuang berasingan di beberapa tapak pembuangan sampah sekitar Taman Indah Permai.

Penemuan awal melibatkan tangan dan kaki pada 6.30 pagi 12 Februari, sebelum pencarian lanjut membawa kepada penemuan kepala serta badan mangsa pada 11.40 pagi di tapak pelupusan sampah berhampiran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg