Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MB Johor gesa tindakan tegas terhadap kereta asing yang beli petrol subsidi

Dec 1, 2024 | 9:24 PM
Hanya kereta yang berdaftar di Malaysia dibenarkan membeli petrol RON95, yang berharga RM2.05 ($0.65) seliter.
Hanya kereta yang berdaftar di Malaysia dibenarkan membeli petrol RON95, yang berharga RM2.05 ($0.65) seliter. - Foto ZAOBAO

ISKANDAR PUTERI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Malaysia harus mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan asing yang membeli petrol RON95 bersubsidi di kawasan tersebut, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Ini adalah antara isu yang sering dibangkitkan oleh rakyat, dan perbuatan ini merugikan penduduk tempatan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri Johor menggesa KPDN untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan ke atas subsidi itu kerana ia telah menyebabkan kerugian kepada negara.

Harga petrol RON95 adalah RM2.05 ($0.65) seliter selepas subsidi kerajaan dan hanya kereta yang berdaftar di Malaysia dibenarkan menggunakan petrol tersebut. 

Ramai pemandu kereta asing yang ditangkap menggunakan pam minyak kuning yang mengeluarkan petrol bersubsidi di stesen minyak di Johor telah dilaporkan oleh pengguna media sosial.

Beliau juga menggesa kementerian untuk memastikan bahawa paket minyak masak bersubsidi, bagi kumpulan berpendapatan rendah B40, tidak jatuh ke tangan warga asing.

Datuk Onn Hafiz berkata demikian semasa menyenaraikan beberapa aduan penduduk Johor, terutamanya melalui media sosial.

“Masih terdapat aduan daripada rakyat yang merasakan rungutan dan kebimbangan mereka tidak dipeduli,” katanya.

Tambahnya, masih banyak isu yang perlu ditangani dan ia perlu diselesaikan bersama.

Beliau berkata aduan lain yang diterima di media sosial termasuk longkang tersumbat, jalan berlubang, lampu jalan pecah dan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik.

“Saya percaya sebarang isu boleh diselesaikan jika kita mengakui dan menghadapi realiti secara ikhlas dengan fikiran terbuka,” katanya. -Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg