Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu S’pura guna plat M’sia isi RON95 akan kena tindakan

Nov 2, 2024 | 4:24 PM
Dalam satu hantaran di Facebook yang dikongsi secara meluas menyaksikan seorang pemandu kereta berdaftar Singapura cuba menambah petrol RON95 selepas menukar plat keretanya dengan plat Malaysia.
Dalam satu hantaran di Facebook yang dikongsi secara meluas menyaksikan seorang pemandu kereta berdaftar Singapura cuba menambah petrol RON95 selepas menukar plat keretanya dengan plat Malaysia. - Foto FACEBOOK MALAYSIA-SINGAPORE BORDER CROSSERS

Pemandu kenderaan berdaftar Singapura yang menggunakan plat lesen Malaysia palsu untuk mengisi kenderaan mereka dengan minyak RON95 akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia, menurut media Malaysia.

RON95 merupakan minyak bersubsidi yang dijual hanya kepada kenderaan berdaftar Malaysia.

Amaran itu dikeluarkan selepas seorang warganet mendakwa dalam hantaran Facebook yang dikongsi secara meluas bahawa beliau menyaksikan seorang pemandu kereta berdaftar Singapura cuba mengisi dengan petrol RON95 selepas menukar plat keretanya dengan plat Malaysia, lapor The Straits Times.

Hantaran itu telah dikongsi 1,700 kali sejak 1 November.

Warganet tersebut, Encik Kabhi Morgan menambah bahawa laporan polis telah dibuat.

Namun, menurut akhbar New Straits Times, polis berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

Minyak RON95 berharga sekitar RM2.05 (60 sen Singapura) seliter di Malaysia.

Di Singapura, petrol gred yang sama berharga hampir $3 seliter.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Encik Azmil Zainal Adnan berkata semua pengguna kenderaan perlu mempamerkan plat pendaftaran mereka dengan jelas di hadapan dan belakang kenderaan masing-masing, lapor Harian Metro.

Mereka yang didapati bersalah kerana memasang kenderaan asing dengan plat Malaysia boleh didenda antara RM5,000 dengan RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg